My Baby Ada Baju Baru !!!

Salam.

Wakaka teringin nak bukak blog selalu je sejak tukor baju baru ni. Baru je tadi tukar pon. Tak khusyuk aku nak study tau.haha. Blog description nak bajet comel comel je letak word 'anyonyonyo'. Ye, anyonyo adalah perkataan paling kerap aku sebut dalam sehari, ia menggambarkan sesuatu yang comel lote. 

Nampak baby comel, anyonyonyo
Nampak anak kucing comel, anyonyonyo
Nampak anak bab! kalo comel pon aku akan tersebut anyonyo gak
Nampak doktor comel, lagiiiiilah aku sebut anyonyo. 
Itu reflex, memang akan otomatik terkeluar dari mulut kalo brain aku interpret benda tu as COMEL. 
Kadang2, tengah sikat rambut sendiri depan cermin pun akan terkeluar anyonyonyo. Heheee. Mintak maap kalo sape tak stuju.

Kenapa aku tukar blog template yang dahulunya dah cute comel lote lote? Aku ingat dulu aku buat template sendiri tido kul 4 pagi dengan bantuan tutorial aa, watdehek kenapalah aku beriya sangat ye? Alah sama je macam korang kan? haha. reasonnya nak bagi blog nampak cute.Itu saje. Selain dari tido kul pat pagi pat malam berturut2, aku jugak dah sanggup gadaikan duit spoloh ringgit aku kat sorang blogger ni yang invent aku punya header yang ada animation. TAPI header aku skang dah hilang and tinggal lohong je kat tempat header tu. Hey tak cute okey??

I dont know why header tu dah hilang, aku berkunjung ke blog si pencipta header aku tu and kat situ terpampang yang dia dah stop ambil order. Semua display header-header yang dia buat dah hilang and blog dia dah pun tak aktif. Marah tu memang marah sebab dia dah tipu kita kan tapi apa boleh buat, aku buat cool jela. ecececeh.

So, sebab ada lohong yang burok tu, ak pun decide nak tukar semua. Sekali ngan seluar dalam baju dalam blog ni aku tukar. Sekarang, kira cantik lah ni kan, walaupun tak secantik blog-blog korang :)

anyonyoyoooo ommeynye iyeeeee



Aku masih hidup :)

Salam all, I just want to take about 10 minutes for this entry, ni pun curi masa rehat tengah study. Kaki dah kebas dok baca pasal jantung. Hey, I exam minggu depan keyh you alls hehe.

Haa!! sebelom tu nak bagitau kat hangpa2 sekalian yang aku masih hidup k. Sihat walafiat ALhamdulillah.. yang penting badan maintain hihiks gedik kau. Erm, Aku tengok last entry aku pon masa bulan August, skang dh bulan December beb! 4 bulan aku tak tulis blog, dah lupa cara2 nak menulis kat dalam ni. 

AKu tak tau nak update ape, memang banyak pon bende jadi dalam tempoh pat bulan ni tapi biorlah rahsie ye dak, kalo tak rahsia pun aku malas gak nak cite kat sini, cramp jejari runcing I nanti, hahah!

Haaa! lagi satu aku tak tau knapa header comel aku sebelum ni dah takde terpampang kat atas tu?? hamboii blogspot dah muak tengok muka tersorong aku kat header ke? Biaq pi la dia mana die nak lari, aku tak reti nak cari. Tapi does anyone know why header bleh hilang? sape tau sila jawab, walaupun aku rasa macam dah takde reader dah blog usang aku ni kecuali Pitbool. Tupun kalo die still ade nafsu keinginan nak jenguk blog nih. haha. (jeles terok kalo Pitbool usha blog Fatin Suhana, tapi aku tetap malas nak update, eh I busy okeyh! :p)

Eh, macam dah terlebih 10 minit je ni tapi syok la plak merapu kat sini. extend 5 minit lagi lah, heh. Eh, nak pesan ni kat korang. Since I am already in my final year of being a medical student, aku nak nasihatkan korang adik2, kakak2, abam2 kacak(ehem2) , pakcik n makcik yang rasa teringin nak melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan atau medic, saya cadangkan korang batalkan sajelah niat tu ye. Serius ni serius. Jangan tanya knape, aku pun taktau kenapa.Haha. Yang penting aku takkan soh anak aku ambik medic (walaupun kedua2 bapak n maknya doctor, kalaula aku diperjodohkan utk kawin ngn Pitbool, insyaAllah puh puh puhhh)-->doakan kami okeyh?

Ok, tu je nasihat utk harini. nasihat x berapa nak berguna sangat tapi percayalahhh~~~ belajar medic memang seksa gila nak mati, Allah saje yg tau. huhu..kau tanya la setiap budak medic, mesti tiap orang ade tanya diri sendiri camni 'YaAllah kenapa la aku ambik medic????" n setiap orang juga akan ade rasa keinginan untuk quit medic. tapi cumanya kami tak berdaya pon nak wat camtu, sebabnya?? dah tahun akhir beb! kalo nak berhenti, berhenti awal2,hari 1st masuk fakulti bleh blah, baru la tak rugi and menyesal. haha. ok merapu. Nak sambung study minggu depan exam. APRIL 2013 aku FINAL OK??? cuak nak mampos. Sekian :)

dah besor panjang pun still main doktor2?? 
Kat patung bleh la kan? kat baby btol mau aku berpeluh2 dulu sebelum nak buat. gile lagi 4 bulan aku dah nak jadi doktor? layakkah kamuuuuuu.....ape2 pun, doakan aku...tq



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...