Showing posts with label lu bikin gua panas. Show all posts
Showing posts with label lu bikin gua panas. Show all posts

Pakaian nak bina masjid macam !@#$%!^..........???

Assalamualaikum.

Bagai pinang di belah dua pasangan mempelai Memey Suhaiza & Norman Hakim yang baru melangsungkan perkahwinan. Aku tau pasal wedding ni pun bila godek-godek blog [cik epal] tadi. Tapi tiba-tiba perasaan syok tengok gamba diorang kawin bertukar pada perasaan mawah garang mengalahkan virus dalam cite 3 idiot. Eh, hensem kan virus tu? Sape setuju?

Oke, tak berminat pun nak cakap pasal virus tu. Tapi nak cakap pasal pemakaian retis retis kat malaysia ni. Sedih la tengok diorang ni. Disebabkan terlalu obses dengan kecantikan, publisiti dan keglamouran sanggup diorang gadaikan badan yang cantik tu untuk dipertontonkan kepada umum. *foreheadpalm*

Mane taknye, asyik nak tunjuk dada gebu je, pastu nak tunjuk paha tirus panjang yang takde bulu. Takpon nak tunjung bontot bentuk love macam jLo. Eh, aku pun ade lah..hoho. Bila aku pikir balik, macam murahan je diorang ni. Bila pakai macam tu, orang tengok free-free je pun, sesen pun tak dapat. Lagi lagi kalo laki yang tengok, mesti ditemani dengan nafsu sekali walaupun muka korang dicover dengan baik punya.Kan? haha. Aku tahu.

Kalo yang dah bersuami tu satu hal. Dah ade suami pun still nak tayang kat umum. Sportingnye suami die..hehe. Sanggup kongsi barang isteri dengan orang lain. Kalo suami tak bagi, mesti la isteri tak pakai macam tu kan? 

Itulah Islam hanya pada surat beranak atau kad i/c. Most of the events langsung tak menitikberatkan soal agama, completely terabai. Saling tak tumpah macam omputeh sana. Bezanya cuma diorang bukan Islam. Itu sahaja. 

Apa yang aku bebel ni bukan untuk retis je, tapi peringatan untuk diri sendiri dan untuk semuaaaa jugak. :)) sebabb aku sendiri pun ada buat salah yang bertentangan dengan agama. Huhu. Apeapepon same-samelah kite jadikan ini pengajaran dalam hidup. 

Ce tengok Irma Hasmie tu. Cantik ohh. Dia yang paling sopan, tapi tetappp glamour okeyyy. Kan sejuk je mata memandang kalo semua pakai tutup macam tu. :))

p/s: kata kawin@nikah tu bina masjid, tapiiiii pakaian nak bina masjid macam..........(sila sambung)

Relax la..berapa posen je kerajaan dapat dari hasil 6% topup kita

Hai..Assalamualaikum semua :)

Entry ni dah lame tulis tapi baru berpeluang nak post. Agak2 ada orang nak baling ayik(najis mughallazah) tak bila baca tajuk entry aku ni? hehe. Relax ye hotties hotties sekalian. Jom lepak2 minum milo ngan milo dulu. Kalo korang nak tahu milo setuju sangat-sangat kerajaan melaksanakan tax 6% dari hasil topup/tambah nilai kita ni tau. Halamak! dah 4 tompok ayik kena kat muka milo. Main kasar ye! Sampai hati you alls ni tau. 

Herm, sekarang tak dinafikan lagi semua dok luahkan rasa tak puas hati pasal isu topup ni. Kat mane2 jelah, kat facebook, twitter, radio, pasar, bawah tangga, even dalam jamban pon ada dok sembang pasal ni. Betol, haritu milo ada dengar orang tengah uk uk dok cakap2 ngan kawan dia pasal ni dalam jamban. Hihik. 

Haritu jugak milo ada baca status salah sorang dari kawan milo kat facebook. Dia buat anggaran berapa banyak yang kerajaan dapat hasil dari mengenakan tax 6% pada setiap tambah nilai kita. Memangla kalo kita lihat dari mata kasar nampak macam 60 sen je kan dari rm10? Itu bagi orang kaya yang terlebih duet. Tapi bagi milo yang duit salu takdak ni tu dah banyak sangat2 dah tu. Sangat berharga bagi milo sebab dengan namplohseng tu aku dah boleh uk uk untuk 2 kali hokeyyy. Ye dak?

Okey jom kita kira berapa je yang kerajaan dapat dari 6% topup kita. jeng jeng jeng..

Mengikut statistik 2010, bancian kat malaysia ni terdiri daripada 28.3 juta orang penduduk. 
Lets say kita ambik half of that number yang merupakan handphone user, so jadi 14juta orang. Assume diorang topup seminggu sekali RM10.60(60sen tax). So, for a week, [0.60sen x 14juta = RM8.4 juta/week], then [RM8.4juta x 52 weeks = RM436.8juta/year]


Amacam bro? Siket je tuu, berapa posen je kan?? haha. Boleh beli banglo bertingkat2, kereta ferrari pat buah untuk keempat2 bini, boleh jadi pengurus 20 buah hotel 10 bintang kat Pulau Jeju. Boleh tu boleh ni..Pergghh..hebbakk sungguh! Tapi itu baru ambik purata orang topup RM10/minggu. Kalo lebih dari tu?? Fuuuhh.

Tapi dengar cerita, pelaksanaan benda ni ditangguhkan, betul ke? Mansuhkan terus jelah. Ramai orang tak restu. hehe. Kalo duit berjuta-juta tu kerajaan gunakan untuk buat sumbangan kebajikan kepada fakir2 miskin, untuk bina masjid, sekolah agama, anak2 yatim or kebajikan lain Alhamdulillah la, kita semua dapat pahala. Tapiiii...boleh caya ke? huhu. Tettt. Tak mao komen dah. Apa pula komen korang? :)

Frankly speaking, me with fullness of my heart strongly object this implementation !! huu
Btw, Thanx for reading <3

Dia kurang pandai atau dia memang bodoh?


Assalamualaikum gojes and hemsem.

Kat depan kolej aku ni ada satu kedai alat tulis. Dulu aku suka g sana tapi skang dah tak suka sebab ada cashier indian yang yang kurang pandai. Kira baik la jugak hati aku. Kalo orang lain mesti dah cakap cashier keling tu b*d*h gila bambim. Pekerja baru mungkin.  

Aku ada beli 2 batang pen. Setiap satu harga singget nam ploh sen. Total harga aku kena bayar RM3.20. Time tu aku kekeringan duit singget singget. So aku bagi la kat cashier kurang pandai tu 5 ingget sekeping bersama 20sen. Niat aku taknak la dia bagi baki 80sen sebab nanti Timah tak larat nak bawak dompet berat2 la bang. Aww gediksnye kau Timah.

Aku letak RM5.20 atas meja cashier dengan harapan dia pulangkan baki RM2. Dia pon hambek la. Tapi hambek yang RM5 sekeping tu je. Aku  suruh dia hambek 20sen tu sekali. Disebabkan dia bajet hot macam Aishwarya Rai, dia wat macam aku tunggul kayu je, buat isyarat talk to the hand dan terus kira baki yang perlu dipulangkan. Atau mungkin jugak dia pekak ??

Hai..ini muka aa ada iras itu Aishwarya Rai tak?

Pastu dengan buat muka comel dia bagi balik baki RM1.80 bersama 20sen aku awal awal tadi. Nasib baik iman aku tinggi time tu kalo ikutkan hati nak je jerit cakap oii aci keling nape la kau ni bengap sangat ?? Nak je biar sampai terkeluar airliur tempias aku ni.

Lepas tu aku gi lagi kedai tuh 2-3x nak test power aci tuh dia balik study Math ke tak. Tapi malangnya keputusan amat tidak memberangsangkan. Kali ni rasa macam nak bagi penampo laju laju je kat aci tuh.

Notakaki: Kepada employer2 sekalian, tak payah la ambik pekerja yang tak master/tak berpengalaman dalam bidang kerja yang korang tawarkan tu. Sangat tak berkualiti untuk bisnes korang. Nanti ada jugak pelanggan buat acara lari pecut 4x100 macam aku baru padan muka haa. Betol tak.. Apa komen korang? 

Kalau nak bergurau pun, agak-agak la sikit..!!


AMARAN: INI ADALAH ENTRI TAK PUAS HATI. SEGALA PENGGUNAAN KATA YANG AGAK KASAR HARAP DIMAAFKAN TERLEBIH DAHULU.TQ



#@$@%%@^!!!! Ye, aku tengah bengang gila. Bengang kat makhluk-makhluk yang tak reti nak bergurau. Bergurau memang tak salah, tapi berpada-pada la sikit nak kenakan orang pun. Niat asalnya yang nak bergurau secara tak langsung akan bertukar luka dalam sedalam jurang maria mariana 2 bila dah terrrlalu over. Arghhh! Rasa macam nak baling henpon keluar tingkap walaupun henpon tak salah. So, awal awal lagi aku dah jauhkan henpon sebelum tulis entri ni.

Eh kau..! Kalau kau nak bergurau lebih-lebih, elok kau pegi hospital bahagia. Kau bergurau over-over pun diorang tak kesah. Diorang tetap senyum kat kau. Kau gelak diorang gelak. Kau tak gelak pun diorang tetap gelak. Last-last kau give up. Padan muka.

Tapi manusia normal macam aku ni ada perasaan kau tahu tak. Nak bergurau pun ada batasnya jugak. Batas plak berbeza ikut diri masing-masing. Kau lain aku lain. Mungkin kau langsung tak kesah kalau orang bergurau dengan menyelak kain sarung kau depan orang ramai, tapi aku kesah. Itu cuma contoh dan itulah dimaksudkan dengan batas.

So, nak bergurau tu pikir la jugak perasaan orang tu. Dalam hal ni, jangan kau ambik kesempatan atas ke'sporting'an aku. Kih Kih Kih. Sempat plak perasan sensorang. Aku memang susah nak ambik hati kalau orang bergurau. Aku layan je selagi tak menyinggung perasaan aku. Tapi jangan la over sangat sampai at last aku rasa aku la manusia yang paling BODOH atas muka bomi ni.

Lepas tu, kau dah sedar yang kau dah menyinggung perasaan aku tapi boleh plak kau buat bodo je??? Paling kurang pon kalau malu nak mintak maaf pon pakaila orang tengah. Its more than enough lah bai. Aku bukan nak kau pujuk aku dengan kasi coki-coki yang cuma lekat celah gigi je pun.

Wah. Marah betul aku..Sesungguhnya aku sedang berpuasa..
Aku sedih :(




to: hacker darling

Assalamulaikum abang-abang hemsem & kakak-kakak cun..

This entry is specially posted to my kesayangan hacker yang susah payah hack seterusnya menukar password facebook and email aku. aku yakin ni keje makhluk bernama manusia, takkan keje syaitonirrajim plak kan. binatang pun semestinya tak. maybe You ni peminat I kot. hehe. You nak ape hack fb I? I tak fames pun You..lagipun dalam fb I tu takde plak I letak nomboq ekoq kalo menang dapat 10 juta..macam2 lah kau ni..

FYI(biarpun ramai dah tahu, nk gitau gak. tak kire!!!)..k sambung, bila account kamu2 semua di 'hack', kamu punye account takbleh bukak pakai password yg selama ni kite dok sorok bagai tu..sampai nak type pasword depan mmber pon halau member dok jauh2 paling kurang pun semeter..haha. kan kan?? aku tadi hampir 15 kali dok log in but failed. last last aku pasrah. hampir2 nak baling dah lappy tadi geram punye pasal.yela kau pulun hack dua2 account fb & emel aku. sangap lah kau. last2 tak jadi nak baling sebab mr.Baing call aku at the time tgh bengang. sejuk terus hati yg dok tgh panas gelegak tu. tu la function boyprengg ye tak?? selamatkan laptop..hehe..and at last masalah ni setel. so nak taknak I have to change for new pasword. mak aih panjang gila pasword baru aku. aku rasa kena hapal dulu 3 hari 2 malam baru aku ingat. takdela nanti orang senang nak hack(err ade kaitan ke tak eh??)

So, apesal kecoh sangat kalo account kena 'hack' atau erti kata lain 'diceroboh'?. ye la derr, mane tak menggelabah der. macam2 diorang boleh buat der. kalo nak 'mencantikkan' aku dengan pujian2, aku takde la kisah sangat..boleh aku hire die jadi admin aku.. TAPI kalo nak 'mentaik-taikkan' or nak mendajalkan aku memang tak dapat la der..kawan aku penah kena dajal hacker ni. seksa beb!! lagi seksa dari korang break up. haha. k la its the end of this storyy moryy!

special for u darling. penat aku korek2 dalam yahoo image ni okey.

p/s : oups lupe nk wish congrats. TAHNIAH hacker darling..peaceeee ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...