Showing posts with label boring day. Show all posts
Showing posts with label boring day. Show all posts

Boypreng kejam tinggalkan Girlpreng



boypreng:  Anje, bile u nak balik KL?
girlpreng:  Sabarlah yang..baru sehari i balik umah, cuti kan seminggu...sabar ek? :)
boypreng:  Anje bile nak balik KL nii...?huhu..
girlpreng:  jap nak kire..haaa..lagi 4 hari anje duk rumah...sabar tau..
boypreng:  Anje nak balik KL lagi 2 hari kan? kan?
girlpreng:  ha'ah..lagi 2 hari je..sabar sikit je lagi..nanti kite kuar k? :)
boypreng:  yeayyy! anje balik KL harini..rindu kat anje tau tau
girlpreng:  ye..ye,,anje pun rindu kat sayang jgk..doakan anje selamat sampai KL yep?


sedutan diedit dari filem: Bini-biniku Gangster


Di pagi hari si girlpreng dah sampai KL.


girlpreng: sayanggg...!!
boypreng: anje.... :)))
girlpreng: anje dh sampai KL dah..dah sampai rumah dah pon.. sayang watpe tu??
boypreng: yeayyy anje dah sampai..sayang tgh main intenet je ni
girlpreng: main pesbuk eh? stalk page anje ke?? hihi hihi
boypreng: taklah..tengok tiket je ni..
girlpreng: TIKET?? tiket wayang utk kite nanti eh? :))))
boypreng: tak....errr...i nk g London.
girlpreng: HAH????????????? whatdefish. bile???????????
boypreng: harini kottt...huhu..
girlpreng: HARINI??? sentap hati mak nyahhhh..!!!! merajuk seboolan.!


overlah kau bedah..mcm la die nak g ke bulan. 


dengan itu...dengan rakusnya rushingnye pitbool telah pun berlepas ke London jam 2 pm sebentar tadi. :'((((((. Hang hari2 dok tanya cek bila nak balik KL, tup2 bila cek balik sini harini hang tinggal cek pi London?? kalo hang p pasar borong Selayang takpa la jugak.huhuk. La ni cek tak kira, hang ayahanda ka, hang abang long ka, janji hang wat balik kat cek mat salleh mata biru hidung mancung sekoq na? duo ekoq pun takpa. hey conversation kat atas tu aku edit2 je tuh. aku punye version lagi geli n haram daripada tu.wawawawa :D


p/s: have a nice trip and enjoy your 1 week hols sayang! tc :') 

Terbongkar: Babyku kini sudah berusia sebulan 1 minggu.

Assalamualaikum semua :)

Sebelum tu nak cakap mamat yang korang cakap tak berapa nak hensem pada entry lepas tu sebenarnya lecturer aku from Iraq. Saje nak buat kecoh.haha. Mampos la kalo dia tahu aku boh gamba dia lam ni. Jumaat ni dah la ada test ngan dia, harap2 dia wat soalan senang. Penat aku puji dia hemsem. 

Berbalik kepada tajuk, sirius berdebar gila nak buat entri ni sebab terpaksa bongkarkan rahsia sebulan yang lepas. huhu. Tapi kuatkan jugak semangat nak post pasal baby. Saya rasa dah sampai masa untuk saya berterus terang dengan korang sume. Nanti lama-lama korang akan tahu jugak kan. huhuhu. Jangan terkejut ye.. Milo sebenarnya dah kahwin dengan pitbool. Harap-harap takde yang nak g terjun bangunan dari tingkat doploh ye. Kahkah pewasan hot je kau ni bedah. :D

Perkenalkan ni babyku bersama neneknya, means; my ummi.
masa ni umur dia tak sampai sebulan lagi
Nama diberi Muhammad Danish 'Afyf
comel tak? ada rupa sape? me or pitbool?


Alahaiii lupa plak nak buat correction, panggilan 'ku' diatas refer kepada kakak aku sebenarnya. hehe. Ye betoll aku sedang berangan nak buat post pasal baby aku sendiri. Bilaaa la agknye ye kawam kawam?

Tapi kan aku memang ada baby baru pong. Memang baru berusia sebulan lebih. Ni bukan baby kandung tau, baby angkat jew you. Hari Khamis minggu lepas baru deal ngan mahkamah kat Selayang Mall atas pengambilan anak angkat. Nama diberi adalah Gegirl!!! hoho.



Nama: Gegirl binti pitbool (jangan mawah ye sayang)
Umur: Sebulan lebih
Hobi: makan minum makan and at the same time berak kencing berak (berulang selama 24jam)

Aku g beli natang ni kat Selayang Mall bersama, kawanku si Puteh. Asalnya nak beli benda lain pastu terbeli rabbit ni sebab aku terharu gile bile dengar rabbit ni memanggil aku dengan panggilan "mama! mama!" masa aku singgah tengok die. haha. dan Untuk pengetahuan korang, aku baru je berjinak-jinak dalam penternakan sekor rabbit ni. Semuanya bermuala setelah pemergian ALI seminggu sebelum raya haritu. Al-Fatihah untuk Ali.  :'(

p/s: sape2 yang ada bela rabbit or penah bela rabbit, boleh tak kongsikan tutorial or tips untuk jaga rabbit camne. timekasih :)


Kisah digelar lesbian bersama amoy


Dulu sampai nangis-nangis bila first2 tahu aku terpaksa menginap dalam hutan selama 2 bulan 11 hari. Aku dapat PLKN lah, dapat kat Baling, Kedah. Nangis sebab apa tahu?? Ramai cakap kat PLKN ada kes rogol, culik, patah kaki, patah gigi, patah belakang. Eh, takmao lah aku! 

Hey, aku pelatih kompani Charlie, Kumpulan 1/Siri 4 2007 di PLKN Kem Rekreasi Belia Baling. Ada sapa2 sekali ngan aku tak? Ketua pelatih tu handsome kan? ahahaha. Oh ya, kat sana semestinya ramai aweks and jejakas dari kedah.  

Kat dalam dorm, semestinya ada melayu, cina dan india. Dah dibahagi sama rata setiap dorm. Al-kisahnya dalam dorm aku ni ada la sorang amoy ni., dari Langkawi. Hamboiiiii bukan baik lagi ngan aku hokeyyy. Nak kata aku bawak 'baby' pegi plkn tak pulak. Kot2 la dia rindu nak baby dia sebab kat sana takleh makan baby. U tahu tak, I rimas asyik2 dia dok cakap I ni cute. 24 jam!!! Agak penat jugak la otot hidung aku duk kembang 24 jam.

Makin lama makin rapat. Makin lama makin baik. Aku plak makin lama makin tak sedap hati. Yelah kau, nak tido sekatil dengan aku plak tu. Dahla tak mandi pagi, tambah plak dengan peluh2 hasil dari duk berjemur tengah panas. Ada hati nak tido sekatil dengan aku. Sumpah bau masam.

Dia treat aku macam puteri okey. Bangun pagi tolong gosokkan gigi, tolong mandikan aku. Perghh. Bohong je tu.hehe. Bangun pagi je, time nak gi makan kat dewan makan, tengok2 makanan aku dah tersedia kat atas meja. Tak payah beratur panjang2. Begitu jugak time lunch and dinner. Untung disitu.. Kihkih. Macam-macam lagi dia treat aku macam pwincess youu. Hermm, kalauula dia lelaki.......aww awww..

Tapi aku memang tak suka dia wat camtu. Sebab orang dah pandang pelik. Lagipun aku tak suka dia layan aku sorang je macam tu. Kawan-kawan melayu yang lain yang rapat ngan aku dah syak something. Lagi satu! dah ada orang label aku lesbian!!! Siot la natang baby ni. Kalau nak jadi lesbo pon, pegi la carik amoy lain.



Dipendekkan cerita, time dah habis plkn tu, bas untuk pelatih Kelantan pulang bertolak pada pukul 5am. Dia siap tak boleh tidur sebab dah nak berpisah ngan aku. Kah kah. Aku plak tido mati siap termimpi mimpi lagi malam tu. Dia siap nangis lagi time aku naik bas. Aku pun nangis jugak tapi bukan untuk dia. Aku nangis sebab nak tinggalkan ketua pelatih yang kacak-macak tu. Hahaha. *ketua pelatih tu tak kenal aku pon.

Bila dok atas bas, dia mesej aku. *MILO, AKU SAYANGKAN KAU SANGAT2* Nak terberak aku baca mesej tu. Aku tak reply pon. Bila dah sampai kelantan, dia asyik call aku 24 jam. Dia ingat aku taknak mandi? taknak tido? taknak makan ke? Grrrrrr. Last2 aku tak jawab call and tak reply mesej dia. 

Dia tetap gigih berusaha demi meraih hatiku yang satu ni. haha. Dia topup kat aku berkali-kali sebab nak suruh aku contact dia. Tapi aku guna kredit tu untuk gayut2 ngan bf aku. hihiks.

Lepas tu aku decide nak tukar nombor baru. Pastu taktau malaun mana bagi update no baru aku kat dia. Dia kembali call aku selama 24 jam. MasyaAllah...gigih betul cina ni. and at last, aku menyamar cakap aku dah tak guna nombor tu. Wat suare Indon, dia pun percaya. Haha. Dan sampai sekarang dia buru aku. Mungkin dia nak cari aku sampai ke lobang hidung cacing kot?? 


p/s: Dia siap promote aku makan baby. Damn.

Eid 2011

Assalamualaikum :)

Heyy Samad, Bedah ko tengah beraya lagi ke tuh?? Udah2 ler tu pi balik kolej pihh. Haha. Jeles weh jeles. Aku pun tengah syiok 'beraya' sensorang kat kolej mengadap buku yang tak best. Lagi best ngadap lemak2 dan kolesterol kat umah. Nyum Nyum. Anyway, jumpa lagi kat dunia belog yang penuh dengan kelembapan intenet wireless kolej yang macam sipot sedut. Arap paham ayat keling aku tu. Err, tak sampai 2 minggu dah post entry baru. Hehe Bosan lah dok sensorang. 

Orang boh gamba raya aku pon nak boh gak ah. Hehe. Arap2 takde orang sama baju raya ngan aku. Maklumla baju raya I bukan beli kat Jakel macam You alls. :P

Pagi raya pakai pashmina buat style milotajimon. 
Kakak aku panggil aku ayam serama. Damn.

Tengahari aku sarung je tudung biase. Takde taji2 or ayam serama dah. Panas baii. 
Peluh bak mencurah-curah ke ladang gandum weh. eeYekk!

Raya ke2 pekena baju belon beli kat hospital. haha.
Anak sedara aku umo setaun lebeh panggil baju ni belon sebab ada corak bulat2. Damn.
Buat style milotajimon jugak tapi tahan 5minit je sebab tercabut terus. Aku ni buas serta ganas weh. 
Ambik gamba sendiri tu yang takleh blah.


K Dah siap. Aku dah boh gamba raya dah. Taun depan plak aku boh gambar bajek cungg camni. Tunggu tau??. Wakaka.

S E L A M A T  H A R I  R A Y A  A I D I L  F I T R I 2 0 1 1

Eh, kalo ada abam2 or kakak2 yg tibe2 rasa loya pandai2 la p toilet tau. Adik mintak maap tau haha :) Oh ya lagi satu baju biru yang tu la aku beli ngn Pitbool walaupun takdak sapa tanya.

p/s: Kawam2 doakan saya untuk exam Jumaat ni tau. Takuuuut. K nak g sambum study dah. Loves <3


4 rahsia hidup terbongkar


Assalamualikum gojes gojes sekalian. Alhamdulillah harini kita dah masuk hari ke-7 berpuasa. Ingat, jangan korek idung, jangan korek telinga. Tapi aku selalu terlupa (tolong jangan imagine aku sedang syok korek idung). Then tadi aku pon muhasabah diri (kononnya) aku teringat balik kesalahan-kesalahan aku masa lampau yang juga merupakan rahsia hidup aku haha. Tak ramai yang tahu pasal aku buat jahat ni. 


1. Buat-buat sakit mata
  • Masa tu aku Form 1, sekolah asrama kat Pahang. Masa tu banyak gila kerja folio kena buat menjelang akhir sem. Kebetulan masa tu musim sakit mata, ramai kawan2 aku yang sakit mata dapat cuti 5 hari so senang la diorang nak siapkan folio kat rumah. Aku dengan kawan2 lain yang tak sakit pun berdajal dengan berlakon sakit mata haha. Time prep malam, ramai2 gerak pegi toilet pi tonyoh-tonyoh mata kasi merah. Macam-macam cara kitorang buat. Then esok hari mata aku ada la sikit merah2 nampak macam sakit mata. Plus buat2 mata jadi sepet sebelah sikit. Penat woo berlakon. Alhamdulillah aku berjaya dapatkan 5 hari cuti dengan kawan aku sorang lagi. Aku balik rumah dia kat KL. Siap pegi besopping and holiday lagi. last day cuti baru siapkan folio haha. Syaitonirrajim betol aku. Aku citer kat mak aku tapi mak aku tak marah. Aku happy gila. Tapi kalo bapak aku kompem marah.
2. Panjat pagar asrama
  • Time tu masa aku Form 3, sekolah sama jugak. Sekolah paling strick dengan rules atas muka bumi ni. Masa tu aku lambat nak pegi surau semayang maghrib. Gate asrama dah di lock oleh warden iras iras macam singa betina yang tengah datang bulan. Sape2 yang terkurung dalam gate memang kena rotan, takpun kena denda cara lain. Aku dengan member aku sorang ni pun panjat pagar taknak kena denda. Lepas prep, kantoi kat warden ada sesetengah pelajar yang panjat pagar(bukan kitorang je). Minah mulut murai mane tah pegi report. Alhamdulillah kitorang terlepas sebab takde sape boleh detect muka kitorang haha. Kalau tak, mesti dah kena denda kat ketua warden suruh panjat pagar depan student laki masa morning call. Sampai sekarang warden singa tu tak tahu pasal ni. Tapi kan cool gila beb panjat pagar pakai baju kurung kan?? Apeapepun, sory ciksu singa.



3. Fly balik rumah
  • Masa tu Form 5, aku sekolah kat Kelantan. Sekolah ni best Kalo sekolah kat Pahang warden macam singa betina, sekolah ni warden lembut macam pondan. Masa tu kawan sebilik aku ajak aku fly. Dia gangster sekolah woo. Seumur hidup aku tak penah fly aku pun try nak tunjuk gangster haha. Padahal penakut gila babeng. Aku plak ajak kawan baik aku fly sekali. Sekali pakcik jual burger kat hostel nampak kitorang kt tepi jalan pastu dia cakap nak report kat warden. Mesti pakcik ni bapak kepada reporter cerita atas(panjat pagar asrama). Aku balik rumah tak tenang takleh tido malam. Nasib baik pakcik tu tak bagitau warden. Alhamdulillah doa aku dimakbulkan rupanya.
4. Bocorkan basikal kawan
  • Kejadian ni berlaku masa aku dah bersar panjang. Petang tu aku boring gila takde keje nak buat. Aku pun mesej kawan laki aku nak pinjam basikal dia. Aku pun rempit la pakai basikal dia round kolej. Sekali aku terlanggar batu. Tak lama lepas tu basikal jadi berat nak kayuh. Oupsss. BOCOR??? Aku terdiam tak terkata terus letak basikal tu kat tempat asal. Sampai sekarang kawan aku tak tahu. Syaitonirrajim betul kan??
Tq and Happy reading ;)
loves_

Faculty terchenta..

Salam...2 entries within 1 hour? borring I habaq U..sementara tak masuk sem baru ni, baik aku post banyak2. nanti bile dah start sem, post sikit2 pun tak sempat.. actually kepala otak serabut dengan masalah 'rumahtangga'. bajet kau dah kawin kan. cup!! Aku tak gaduh dengan baing okeyy. haha. so, nak relaxkan my mind, I post this entry. nak elak jiwa gua kacauu gitu..

Cakap-cakap pasal nak start sem baru ni, for sure theres a lot of things to be settled down. and Alhamdulillah all praises to Allah this is my seventh(7th) semester to be baq kat ang. semua sepoloh sem, lagi 3 sem baru dapat rase pakai topi berbulu kat atas kepala tuh..herm aku ni jenis buat keje last minute, macam2 benda lagi tak setel ni..tambah2 dengan perangai faculty yang 'mereng tahap dewa' dalam tempoh cuti ni..dulu after habis final(April) diorg cakap kat student yg kami akan cuti until September butttttt middle of June haritu kami dikhabarkan dengan berita HOT iaitu semester kami akan start this JULY!!! and its about 5 days more!! omg..akuu takk berrsediaa lagiiii....tula sape soh bagi harapan palsu bg cuti panjang awal2 dulu. caittt..

And actually dulu bile kami diinformkan dengan cuti panjang, memang kami terkejutt gile babeng sebab mane penah faculty bagi cuti panjang camtu. paling panjang pun 2 minggu time cuti hujung tahun. and kami dah pun buat rayuan untuk mintak start sem awal. kami sayang kepala otak kami. kami bukan Alber Einstein. kami makan nasik. kami mudah lupe. for sure otak kami berkarat tahap maximum. nanti kami jugak kene baham dengan lecturer. bla..blaa..blaa..tapiiiii at last rayuan ditolak. kami terima dengan hati terbuka. n ramai yang dah planning nak pegi melencong berholiday laa. haha. buat visa beli tiket flight mahai2 nak pegi obersea nih. cuti panjang ni derrrr. kau nak buat haji pun sempat. tapiii itu 3 bulan yang lepas dulu... but now? visa & tiket flights sume dah hancus melayang kene makan api la derrr..it's all BURNT OUT!! *emo nih emo*



Today is Wed..Jumaat aku dah nak balik kL.tapi all those things required for my registration day satu habuk pun aku tak setelkan lagi. print bil yuran pelajar? belom. gambaq passport 7 keping??? gila hapa. suka sangat kumpol gambaq anak dara orang. haha. dalam purse ada sekeping je. so kna pegi snap la ni eyh? bende paling aku tak suka buat sejak dari dulu lagi-buat gambaq passport. hmm.pastu plak aku dengar kabar faculty mintak CD gambaq passport tu. wth. nak buat apeeee?? tak penah dibuat orang mintak bende alah tu. haha.
penat dah aku merepek kat sini. tidoq dulu naa. esok pagi2 lagi gua kena keluar tukar lesen keta. umo dah tua tp baru nak buat lesen besaq. haha. alaalala cutenye bak kate Baing..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...