sedih...............




Kenapa jadi macam ni?
Mungkin ini adalah balasan daripada yang sebelumnya
atau mungkin ini akan menjadi alasan untuk yang seterusnya
sedih. teramat sedih. 

Pakaian nak bina masjid macam !@#$%!^..........???

Assalamualaikum.

Bagai pinang di belah dua pasangan mempelai Memey Suhaiza & Norman Hakim yang baru melangsungkan perkahwinan. Aku tau pasal wedding ni pun bila godek-godek blog [cik epal] tadi. Tapi tiba-tiba perasaan syok tengok gamba diorang kawin bertukar pada perasaan mawah garang mengalahkan virus dalam cite 3 idiot. Eh, hensem kan virus tu? Sape setuju?

Oke, tak berminat pun nak cakap pasal virus tu. Tapi nak cakap pasal pemakaian retis retis kat malaysia ni. Sedih la tengok diorang ni. Disebabkan terlalu obses dengan kecantikan, publisiti dan keglamouran sanggup diorang gadaikan badan yang cantik tu untuk dipertontonkan kepada umum. *foreheadpalm*

Mane taknye, asyik nak tunjuk dada gebu je, pastu nak tunjuk paha tirus panjang yang takde bulu. Takpon nak tunjung bontot bentuk love macam jLo. Eh, aku pun ade lah..hoho. Bila aku pikir balik, macam murahan je diorang ni. Bila pakai macam tu, orang tengok free-free je pun, sesen pun tak dapat. Lagi lagi kalo laki yang tengok, mesti ditemani dengan nafsu sekali walaupun muka korang dicover dengan baik punya.Kan? haha. Aku tahu.

Kalo yang dah bersuami tu satu hal. Dah ade suami pun still nak tayang kat umum. Sportingnye suami die..hehe. Sanggup kongsi barang isteri dengan orang lain. Kalo suami tak bagi, mesti la isteri tak pakai macam tu kan? 

Itulah Islam hanya pada surat beranak atau kad i/c. Most of the events langsung tak menitikberatkan soal agama, completely terabai. Saling tak tumpah macam omputeh sana. Bezanya cuma diorang bukan Islam. Itu sahaja. 

Apa yang aku bebel ni bukan untuk retis je, tapi peringatan untuk diri sendiri dan untuk semuaaaa jugak. :)) sebabb aku sendiri pun ada buat salah yang bertentangan dengan agama. Huhu. Apeapepon same-samelah kite jadikan ini pengajaran dalam hidup. 

Ce tengok Irma Hasmie tu. Cantik ohh. Dia yang paling sopan, tapi tetappp glamour okeyyy. Kan sejuk je mata memandang kalo semua pakai tutup macam tu. :))

p/s: kata kawin@nikah tu bina masjid, tapiiiii pakaian nak bina masjid macam..........(sila sambung)

Kisah digelar lesbian bersama amoy


Dulu sampai nangis-nangis bila first2 tahu aku terpaksa menginap dalam hutan selama 2 bulan 11 hari. Aku dapat PLKN lah, dapat kat Baling, Kedah. Nangis sebab apa tahu?? Ramai cakap kat PLKN ada kes rogol, culik, patah kaki, patah gigi, patah belakang. Eh, takmao lah aku! 

Hey, aku pelatih kompani Charlie, Kumpulan 1/Siri 4 2007 di PLKN Kem Rekreasi Belia Baling. Ada sapa2 sekali ngan aku tak? Ketua pelatih tu handsome kan? ahahaha. Oh ya, kat sana semestinya ramai aweks and jejakas dari kedah.  

Kat dalam dorm, semestinya ada melayu, cina dan india. Dah dibahagi sama rata setiap dorm. Al-kisahnya dalam dorm aku ni ada la sorang amoy ni., dari Langkawi. Hamboiiiii bukan baik lagi ngan aku hokeyyy. Nak kata aku bawak 'baby' pegi plkn tak pulak. Kot2 la dia rindu nak baby dia sebab kat sana takleh makan baby. U tahu tak, I rimas asyik2 dia dok cakap I ni cute. 24 jam!!! Agak penat jugak la otot hidung aku duk kembang 24 jam.

Makin lama makin rapat. Makin lama makin baik. Aku plak makin lama makin tak sedap hati. Yelah kau, nak tido sekatil dengan aku plak tu. Dahla tak mandi pagi, tambah plak dengan peluh2 hasil dari duk berjemur tengah panas. Ada hati nak tido sekatil dengan aku. Sumpah bau masam.

Dia treat aku macam puteri okey. Bangun pagi tolong gosokkan gigi, tolong mandikan aku. Perghh. Bohong je tu.hehe. Bangun pagi je, time nak gi makan kat dewan makan, tengok2 makanan aku dah tersedia kat atas meja. Tak payah beratur panjang2. Begitu jugak time lunch and dinner. Untung disitu.. Kihkih. Macam-macam lagi dia treat aku macam pwincess youu. Hermm, kalauula dia lelaki.......aww awww..

Tapi aku memang tak suka dia wat camtu. Sebab orang dah pandang pelik. Lagipun aku tak suka dia layan aku sorang je macam tu. Kawan-kawan melayu yang lain yang rapat ngan aku dah syak something. Lagi satu! dah ada orang label aku lesbian!!! Siot la natang baby ni. Kalau nak jadi lesbo pon, pegi la carik amoy lain.



Dipendekkan cerita, time dah habis plkn tu, bas untuk pelatih Kelantan pulang bertolak pada pukul 5am. Dia siap tak boleh tidur sebab dah nak berpisah ngan aku. Kah kah. Aku plak tido mati siap termimpi mimpi lagi malam tu. Dia siap nangis lagi time aku naik bas. Aku pun nangis jugak tapi bukan untuk dia. Aku nangis sebab nak tinggalkan ketua pelatih yang kacak-macak tu. Hahaha. *ketua pelatih tu tak kenal aku pon.

Bila dok atas bas, dia mesej aku. *MILO, AKU SAYANGKAN KAU SANGAT2* Nak terberak aku baca mesej tu. Aku tak reply pon. Bila dah sampai kelantan, dia asyik call aku 24 jam. Dia ingat aku taknak mandi? taknak tido? taknak makan ke? Grrrrrr. Last2 aku tak jawab call and tak reply mesej dia. 

Dia tetap gigih berusaha demi meraih hatiku yang satu ni. haha. Dia topup kat aku berkali-kali sebab nak suruh aku contact dia. Tapi aku guna kredit tu untuk gayut2 ngan bf aku. hihiks.

Lepas tu aku decide nak tukar nombor baru. Pastu taktau malaun mana bagi update no baru aku kat dia. Dia kembali call aku selama 24 jam. MasyaAllah...gigih betul cina ni. and at last, aku menyamar cakap aku dah tak guna nombor tu. Wat suare Indon, dia pun percaya. Haha. Dan sampai sekarang dia buru aku. Mungkin dia nak cari aku sampai ke lobang hidung cacing kot?? 


p/s: Dia siap promote aku makan baby. Damn.

Lagi Sihat Lagi Syokkkkkkk !!

Assalamualaikum to all bloggers and readers! :)

Amacam semua? Semua sihat-sihat je kan. Dah lama milo tak post something kat sini. Al maklumlah sekarang milo together with other posting-mates tengah busy duk buat research and organize for Health Carnival bertempat di Shah Alam. Fenin weiii feninnnn. Sory la kalo milo tak sempat nak g terjah or komeng komeng kat blog korang. I might be able to visit some of you, but definitely not all of you. Sorry k sayangs sekalian :(



Eh, sape-sape from Seksyen 30, Shah Alam or somewhere adjacent to it, why not korang datang memeriahkan lagi karnival kesihatan kami ni. Details:

Theme: 'Lagi Sihat Lagi Syok' 2011 
Venue: Kg. Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam
Date: 1 Oktober 2011 (Sabtu)
Time: 8am-2pm

Aktiviti cukup2 best! sume freeeeee. Takdak bayar2 naaaa. hehe


  • Saringan kesihatan PERCUMA/FREE health screening
  • Nasihat kesihatan PERCUMA/FREE consultation
  • Pameran kesihatan
  • >10 jenis sukaneka 
  • Kuiz- soalan senang je. tapi hadiah lumayan. haha. (aku yg buat kuiz tu)
  • Games
  • Goodie bag
  • Last but not least...........dapat jumpa milo secara LIVE. wakakaka (cam harem)



Ini jelah karnival yang mampu budak medic buat. Takde jemput retissss untuk nyanyi2 or joget2 pong. huhu. Apeapepon, pesanan penaja, tak payah la suruh adik2 or kakaks or abangs or makciks/pakciks/neneks or anaks korang ambik medic. Sangat2 S.U.S.A.H. Sometimes penah terpikir nak quit, but it's not the right choice isnt it? ape-apepon, another 1 year left. Pastu bole kawin ngan Pitbool and kerja same2. Awww. Gediksnyewwww :D  -mintak maaf, nasihat yg langsung tak membina. tengah tension keje banyak.


Ketat! after attending 6 open houses

Assalamualaikum semua :)

Urrghhhhhhh Alhamdulillah. That burp sound was specifically for the past two days.. And you know what, only today I start to realize that my tummy is already transformed into the size of preggy woman of about 40 weeks gestation. You can imagine how big was my tummy since the past couple days haha. But Pleaseee! dont really imagine it okeyy :D

Cehh, speKing habeh...Sebenarnya last Jumaat and Sabtu aku dijemput ke 6 majlis open house dan aku dengan rakusnya melantak hidangan yang tersedia dengan sehabis-habisnya tanpa hengat dunia akhirat. Hoiii punyala tak senonoh kan? But it's really tak best to become so hell foodie lately. No wonder la my kain baju kurung yang I pakai harini tetibe tersekat kat bahagian pinggul. OMAIGOD!!!! :(

Tentative program: On Friday, we went to my housemates' hometown both in Tanjung Malim.
Berlepas from Selayang (9.45am) --> Subang Jaya --> Klang --> Tanjung Malim --> Klang -->Subang Jaya --> Arrive at Selayang (1.00am) --> pengsannnnn
Kebas buntot I dok dalam kete lama2 hokeyyy.. 


1st day @ Tanjung Malim
Ieja's house @ Tanjung Malim. 
Menu: Nasi Hujan Panas/Lontong/Nasi Impit/Makaroni goreng/Dadih/Biskut raya/Air oren

Comel2. Sume bakal2 doktor Insya-Allah. Ada yang berkenan? contact me A.S.A.P. hehe

Ohhh. so cekcyy..I hate this little cute adorable gurl sebab dia comel gila2 nak mammm !! Mencik tau! haha

Alolololoh syayang syayang.....syayang ngantuk ye...Meh kat mama meh. 
Menantu pilihan. Ada mane2 makcik yang nak buat menantu?? haha

Farah's house @ Tanjung Malim. 
Menu: Laksa Mee sedap gila bambing/Soto/Air oren/Kuih raya


Second day; Location @ Subang Jaya, Bukit Jelutong, Sungai Buloh

Diyana's house @ Subang Jaya
Menu: Spaghetti/Kek lapis/Coklat/Air sirap

Dato' dan Datin baru sampai

 Dila's house @ Bukit Jelutong
Menu: Nasi beriyani/Lamb stick/Satay/Sotong bakar/Puding/Roti Jala/All the cakes and desserts. Banyak sangat kalo listkan memang tak muat.

 We are HOUSEMATES. Another 2 were absent.

p/s: mana la tak ketat kain baju kurung.Sobs. :(


Relax la..berapa posen je kerajaan dapat dari hasil 6% topup kita

Hai..Assalamualaikum semua :)

Entry ni dah lame tulis tapi baru berpeluang nak post. Agak2 ada orang nak baling ayik(najis mughallazah) tak bila baca tajuk entry aku ni? hehe. Relax ye hotties hotties sekalian. Jom lepak2 minum milo ngan milo dulu. Kalo korang nak tahu milo setuju sangat-sangat kerajaan melaksanakan tax 6% dari hasil topup/tambah nilai kita ni tau. Halamak! dah 4 tompok ayik kena kat muka milo. Main kasar ye! Sampai hati you alls ni tau. 

Herm, sekarang tak dinafikan lagi semua dok luahkan rasa tak puas hati pasal isu topup ni. Kat mane2 jelah, kat facebook, twitter, radio, pasar, bawah tangga, even dalam jamban pon ada dok sembang pasal ni. Betol, haritu milo ada dengar orang tengah uk uk dok cakap2 ngan kawan dia pasal ni dalam jamban. Hihik. 

Haritu jugak milo ada baca status salah sorang dari kawan milo kat facebook. Dia buat anggaran berapa banyak yang kerajaan dapat hasil dari mengenakan tax 6% pada setiap tambah nilai kita. Memangla kalo kita lihat dari mata kasar nampak macam 60 sen je kan dari rm10? Itu bagi orang kaya yang terlebih duet. Tapi bagi milo yang duit salu takdak ni tu dah banyak sangat2 dah tu. Sangat berharga bagi milo sebab dengan namplohseng tu aku dah boleh uk uk untuk 2 kali hokeyyy. Ye dak?

Okey jom kita kira berapa je yang kerajaan dapat dari 6% topup kita. jeng jeng jeng..

Mengikut statistik 2010, bancian kat malaysia ni terdiri daripada 28.3 juta orang penduduk. 
Lets say kita ambik half of that number yang merupakan handphone user, so jadi 14juta orang. Assume diorang topup seminggu sekali RM10.60(60sen tax). So, for a week, [0.60sen x 14juta = RM8.4 juta/week], then [RM8.4juta x 52 weeks = RM436.8juta/year]


Amacam bro? Siket je tuu, berapa posen je kan?? haha. Boleh beli banglo bertingkat2, kereta ferrari pat buah untuk keempat2 bini, boleh jadi pengurus 20 buah hotel 10 bintang kat Pulau Jeju. Boleh tu boleh ni..Pergghh..hebbakk sungguh! Tapi itu baru ambik purata orang topup RM10/minggu. Kalo lebih dari tu?? Fuuuhh.

Tapi dengar cerita, pelaksanaan benda ni ditangguhkan, betul ke? Mansuhkan terus jelah. Ramai orang tak restu. hehe. Kalo duit berjuta-juta tu kerajaan gunakan untuk buat sumbangan kebajikan kepada fakir2 miskin, untuk bina masjid, sekolah agama, anak2 yatim or kebajikan lain Alhamdulillah la, kita semua dapat pahala. Tapiiii...boleh caya ke? huhu. Tettt. Tak mao komen dah. Apa pula komen korang? :)

Frankly speaking, me with fullness of my heart strongly object this implementation !! huu
Btw, Thanx for reading <3

ummmphhhh! nikmatnya rasa.......



Hahai..Assalamualaikum. Apa khabar semua ya? Waah, it has been a week since my last post. Milo tau korang semua rindu kat milo. Sorry tau all the kesayangans sebab I tinggalkan you alls. Muntah hijau. 

Dah? Bape baldi muntah? Hehehehehehehehehehehehe. Hammboi gelak tak hengat dunia eh kau, tahu la baru lepas abis exam. Yes, Alhamdulillah milo dah pun habes exam semalam. Milo exam sehari je, semalam start semalam jugak habis. Medic tak exam lama2 tapi dalam sehari tu ada la dalam 8 paper 'je' with NO study week prior. Sehari sebelum exam ada kelas lagi. GILA tahap DEWA. Walaupun hampir gila, lepas exam tu memang rasa ummmphhhhh nikmatnyaaaaa Bedah oiii. Kan? Kan? Rasa nak joget2 je lepas jawab soalan last tapi iman masih kuat lagi time tu untuk memalukan diri depan org ramai. Dalam bilik sorang2 takpe.


Exam semalam, ada soalan 40 markah jawab dalam masa 10 minit. Mak tak cukup masa la nyahhh. Soalan pulak mintak macam2 berjela jela. Mak ada tertinggal sebahagian soalan last sebab tak cukup masa. Mak sedih gila :( Kawan2 pun camtu jgk. Lecturer memang kejam. Sobs! atau otak kitorang memang lembap?? heee

Lepas tu ada jugak station kena examine mata patient dengan menggunakan scope. Bukan bahagian mata luar, tapi examine bahagian dalam mata. Examine mata depan orang rabun power 1000 pun boleh nampak. hehe. Aku dapat patient glaucoma. Susah benor nyah wehhh nak examine mata guna natang ni tau dakk.

Haaa ni dia. Natang ni orang panggil Ophthalmoscope @ scope mata. Seblah tu plak imej dalam mata yang akan korang nampak bila pakai alat ni. Harga 'murah' je lebih kurang 800 hingget. Kalo buat muka comel2 ayu macam aku dapat la kurang rm700 InsyaAllah. haha.

Dah malas dah citer pasal exam. Nak citer pasal sesi ummmmmphhhhh plak. Hehe. Harini adalah sesi enjoy aku bersama boypreng. Ish, asyik ngan boypreng je. Bila nak dengan boypreng lain ni.  Haha mau kena tibai ngan Pitbool. Tadi g Ikea, breakfast kat sana. Pastu jalan kaki g the Curve beli tiket wayang FINAL DESTINATION 5, sementara tunggu wayang start dalam masa 2 jam lagi, cross the street pegi the Curve seblah sana beli untuk shopping, pastu cross back pegi Ikea untuk lunch makan meatballs yummy yummy kat sana. Pastu kitorang cross cross cross pegi the Curve balik tengok wayang. Haha mau turun 4 kilo dok cross mengeross kat situ. Pastu dalam wayang, dok diam2 kat situ! jangan gatal nak bercross cross syaiton ngan boypreng hokey?? Haha. 

Tengokla korang gamba ni sampai muntah hijau.

Eh, sape2 tak tengok FINAL DESTINATION 5 lagi pegi la tengok kat wayang berdekatan. Sangat best sebab ada hero kacak gila. hehe. Tapi memang best pun, I mean tak memboringkan la walaupun konsep cita sama ngan lepas2. Tak sia2 pilih cita tu. Tapi penat tangan sebab sejam lebih tangan dok tekup mata. Ada la  lubang sebesar lubang cacing kat celah2 jari tu. Haha. Aku memang penakut tengok cite2 kematian kejam cenggini. 

Hero: Lelaki tulen pada box no.3. Alololoh comeynye. Bukan yang perot boncit tu...

p/s: result exam kuar Isnin minggu depan. Harap2 lulus semua..huhu..aminnnn. & thanx for reading <3

Eid 2011

Assalamualaikum :)

Heyy Samad, Bedah ko tengah beraya lagi ke tuh?? Udah2 ler tu pi balik kolej pihh. Haha. Jeles weh jeles. Aku pun tengah syiok 'beraya' sensorang kat kolej mengadap buku yang tak best. Lagi best ngadap lemak2 dan kolesterol kat umah. Nyum Nyum. Anyway, jumpa lagi kat dunia belog yang penuh dengan kelembapan intenet wireless kolej yang macam sipot sedut. Arap paham ayat keling aku tu. Err, tak sampai 2 minggu dah post entry baru. Hehe Bosan lah dok sensorang. 

Orang boh gamba raya aku pon nak boh gak ah. Hehe. Arap2 takde orang sama baju raya ngan aku. Maklumla baju raya I bukan beli kat Jakel macam You alls. :P

Pagi raya pakai pashmina buat style milotajimon. 
Kakak aku panggil aku ayam serama. Damn.

Tengahari aku sarung je tudung biase. Takde taji2 or ayam serama dah. Panas baii. 
Peluh bak mencurah-curah ke ladang gandum weh. eeYekk!

Raya ke2 pekena baju belon beli kat hospital. haha.
Anak sedara aku umo setaun lebeh panggil baju ni belon sebab ada corak bulat2. Damn.
Buat style milotajimon jugak tapi tahan 5minit je sebab tercabut terus. Aku ni buas serta ganas weh. 
Ambik gamba sendiri tu yang takleh blah.


K Dah siap. Aku dah boh gamba raya dah. Taun depan plak aku boh gambar bajek cungg camni. Tunggu tau??. Wakaka.

S E L A M A T  H A R I  R A Y A  A I D I L  I T R I 2 0 1 1

Eh, kalo ada abam2 or kakak2 yg tibe2 rasa loya pandai2 la p toilet tau. Adik mintak maap tau haha :) Oh ya lagi satu baju biru yang tu la aku beli ngn Pitbool walaupun takdak sapa tanya.

p/s: Kawam2 doakan saya untuk exam Jumaat ni tau. Takuuuut. K nak g sambum study dah. Loves <3


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...