Apa?? Macamana aku study?? gulppp!

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah aku dah pun sihat dari demam walaupun belum 100% recovered lagi. Demam selama 3 hari sangat menyusahkan aku sebab terpaksa ponteng 2 kelas. Kena pandai buat pilihan, nak ponteng kelas atau pegi kelas dengan tunjuk muka sememek depan lecturer macam nak mintak pelempang free. Komfem dapat punye. Try la. hee

Tajuk harini sedikit tak boleh blah bajet macam kau dapat SPM 23A je kan. haha. Tapi aku buat ni atas permintaan salah seorang kawan blogger iaitu cik iefa ujang. Sila terjah blog dia sekarang, muka dia ala ala korean gitu tapi dah berpunya okey. Sebenarnya taktau nak tulis ape sebab aku sendiri pun tak tahu camna aku study. haha. But nevermind, aku kongsila sedikit sedikit sebanyak cara aku study. Kita pakat2 kongsi kat sini okeyh? Lain orang lain caranya, right? So, lets we start. Sharing is caring ;)



SETTING TIME
Sebelum study, set la dulu timing brape jam. Milo selalu set study 3 jam sehari. Set je, tak ikut sangat pun. haha. At least kita ada plan. Saya kena study malam2, siang hari tak boleh nak study sebab kelas everyday sampai 5pm. Balik bilik, penat nampak katil terus terbongkang tido mati. Malam baru ada masa. Kalo milo, milo set from pkul 9pm-12am. Tapi takdelah straight 3 jam study. At least every 1 hour tu ambik la rest for 10-15 minutes. Total rest 45 minutes kan? Ha masa tu sempat lagi korang nak buat entry pasal merajuk ngan boyfren/girlfren. 

PREPARATION
If lets say esok ada lecture, so as usual milo akan buat preparation baca sedikit sebanyak about that topic. Just nak buat kita familiar dengan if any new words yang ada dalam topic tu. Sebab macam dalam kos milo, sume benda kena hapal, hapal and hapal. Pastu pulak banyak word yang pelik2 and kena ingat. So, nak kena hapal kena baca banyak kali la kan. Dengan preparation macam tu dah dapat membantu kita paham sikit2 untuk lecture esok. Takde la tenganga-nganga bila dengar word baru dari mulut lecturer. You all nak catch up process and interpret word baru tu pun dah membazir masa you all. Betul kan? So, baca kejap pun dah okey.. :)

DALAM KELAS
Preparation yang korang buat sebelum masuk kelas sangat membantu korang untuk focus dalam kelas. Bila korang dah tau sedikit sebanyak pasal topic tu, korang akn lebih tertarik and focus. Pastu korang saiko la kawan sebelah sikit by saying "Oooo...haa'aa laa, betul3.." (sambil hangguk2 kepala) mesti diorang tergugat punye ngan korang. hahaha. Apa lagi? korang ngantuk? same lah kite! nak hilangkan ngantuk, bawak la bekalan air. Milo kalo ngantuk terus simbah air kat dalam bijik mata takpun, milo akan minum air banyak2 sampai nak terkucil. hihiks. Bila korang nak terkencing kompem tak ngantuk dah. So, pegi toilet, lepaskan hajat kecik tu!

REVISION
Of course after lecture kena revise balik apa yang telah diajar. Tadi kita dah buat preparation, then kita dah dengar lecturer bebel dalam kelas, pastu bila dah balik bilik rajin2 kanlah diri untuk baca balik topic tu. Apa yang milo tak paham, milo tanya kawan dulu. Kalo kawan pun tak paham, TERPAKSA lah tanya lecturer. haha. Kompem dia tak marah. Lagi suka adelah. Lecturer yang garang dalam kelas teros lembut hati kalo korang tanya dia. 

STUDY GROUP
Ini sangat2 berguna!! tapi sangat2 lah merbahaya!! haha. paham kan? milo sure ada yang tak suka study group, prefer study sensorang kan? sama lah macam milo, tak boleh involve dengan planned study group, gosip je memanjang. Mulut macam murai. So, orang yang kuat iman je dapat bertahan dengan study group ni. haha. So milo lagi prefer involve study group yang tak plan. Contohnya, time tengah makan2 ngan member tuh, keluarkan la topik yang kita tak paham. Dalam kereta nak gi shopping ke. Takpun tengah mandi dalam bilik air, tengah ber*k ke. Sirius ni. Secara tak langsung kita dah buat perbincangan ngan kawan2 kan? And every people tahap pemahaman dia lain2. Sometimes bagi kita senang nak paham, bagi diorang susah, ada plak bagi kita susah gila babeng nak paham, tapi bagi diorang, eleh kacang je tu. So? secara tak langsung kita dah ada discussion kat situ and bertukar pendapat. Just spend for 10-15 minutes pon okeylah. Sama je ngan korang buat planned study group, 10 minit study, 30 minit gosip pasal Khairul Fahmi. haha.  

NOTES
Notes panjang lebar tak ramai suka buat. Milo pun tak suka gak. Kadang2 tahan 15 minit je pastu malas dah. Tapi milo suka lukis notes besar2 kat ketas A4 then tempek kat dinding tepi katil. Tulis je pape yang korang rasa susah nak ingat, formula ke, any mechanisms ke, gambar ke n pape jelah yang rasa macam korang dah  hapal 10 kali pun tak ingat2 jugak. Tulis/lukis la besar gajah pun takpe. Sebelum tido nak naik katil komfem ada jugak korang TERtengok kat natang yg korang lukis tu. Lama2 korang akan ingat jugak walaupun korang tak hapal. Tu cara milo yang tak suka wat notes nie buat. Pastikan lukis dengan warna yang terang tang tang macam merah mak ngah gitu.

PANTANG LARANG
No pantang larang makan dalam hidup milo. Bantai je nak makan apa. hahaha. Tapi milo amalkan makan kismis everyday setiap pagi sebelum pegi kelas.

USAHA + DOA + TAWAKAL
Kalo sape2 cakap tak penah dengar ayat kat atas memang tipu gila. haha. As we know, usaha tanpa doa + tawakal pun tak guna jugak kan? So rajin-rajinkanlah amalkan doa-doa yang berkaitan. Milo ada amalkan satu doa tu tapiiii tak boleh share kat korang sebab tak jumpa kertas doa tu yang ada maksud skali. Doa tu ialah doa yang diamalkan oleh Saidina Ali untuk kuatkan ingatannya. Nanti next time milo try cari kertas tu lagi and share it here k. Milo nak tulis takut salah je. dah try cari but tak jumpa, it was 2 years ago and tak tahu milo letak mana. huhu so sorry. :(



Okeylah thats all milo rasa sampai sini je kot. Ni semua roughly describing camne milo study la. Tapi kengkadang tak sempat nak ikut jugak if ada something interfere pada timing yang dah di set tu. So if ada sape2 nak share boleh la share2 kat sini keyhh.

Thanx for reading _LOVES ;)


10 awek dan jejaka hot!:

Iefa Ujang said...

sgt brguna!!!!study group,mmg iefa pown xleh g.mau anyam ketupat palas je time 2.thx a lot Dr.milo sbb rajin n brsusah payah kuarkn keringat nk wat entry ni.ahahah...thx...syg dia lebih la. :)

milo said...

hehe..welcome..no biggy la..tengs btw..wahh, boleh tempah ketupat buat raya nih. haha :P

amna said...

good sharing.
preparation tu yang paling saya setuju walaupun jarang ikut..

milo said...

tenkiuuu amna ;)

Abe Goreng said...

Wahhh, itu dia tips dri pljr cemerlang 2011.Hehe.:D

Alif Haris said...

wow ! teknik belaja berkesan daripada dr.Milo ! :)
nice ^^ hehe

milo said...

hhaha tak berkesan pon.. :P
tq btw!

Gauss-Seidal said...

oh, macam nilah doktor belajar eh?
sambik be*ak pun diskus lagi pasal stadi..; )

Yanyan said...

hehehe lepas ni yanyan nak mam kismis jugak lah tetiap pagi. thanks for the tips :)

anddd happy fasting milo ^^

milo said...

happy fasting too :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...