4 rahsia hidup terbongkar


Assalamualikum gojes gojes sekalian. Alhamdulillah harini kita dah masuk hari ke-7 berpuasa. Ingat, jangan korek idung, jangan korek telinga. Tapi aku selalu terlupa (tolong jangan imagine aku sedang syok korek idung). Then tadi aku pon muhasabah diri (kononnya) aku teringat balik kesalahan-kesalahan aku masa lampau yang juga merupakan rahsia hidup aku haha. Tak ramai yang tahu pasal aku buat jahat ni. 


1. Buat-buat sakit mata
  • Masa tu aku Form 1, sekolah asrama kat Pahang. Masa tu banyak gila kerja folio kena buat menjelang akhir sem. Kebetulan masa tu musim sakit mata, ramai kawan2 aku yang sakit mata dapat cuti 5 hari so senang la diorang nak siapkan folio kat rumah. Aku dengan kawan2 lain yang tak sakit pun berdajal dengan berlakon sakit mata haha. Time prep malam, ramai2 gerak pegi toilet pi tonyoh-tonyoh mata kasi merah. Macam-macam cara kitorang buat. Then esok hari mata aku ada la sikit merah2 nampak macam sakit mata. Plus buat2 mata jadi sepet sebelah sikit. Penat woo berlakon. Alhamdulillah aku berjaya dapatkan 5 hari cuti dengan kawan aku sorang lagi. Aku balik rumah dia kat KL. Siap pegi besopping and holiday lagi. last day cuti baru siapkan folio haha. Syaitonirrajim betol aku. Aku citer kat mak aku tapi mak aku tak marah. Aku happy gila. Tapi kalo bapak aku kompem marah.
2. Panjat pagar asrama
  • Time tu masa aku Form 3, sekolah sama jugak. Sekolah paling strick dengan rules atas muka bumi ni. Masa tu aku lambat nak pegi surau semayang maghrib. Gate asrama dah di lock oleh warden iras iras macam singa betina yang tengah datang bulan. Sape2 yang terkurung dalam gate memang kena rotan, takpun kena denda cara lain. Aku dengan member aku sorang ni pun panjat pagar taknak kena denda. Lepas prep, kantoi kat warden ada sesetengah pelajar yang panjat pagar(bukan kitorang je). Minah mulut murai mane tah pegi report. Alhamdulillah kitorang terlepas sebab takde sape boleh detect muka kitorang haha. Kalau tak, mesti dah kena denda kat ketua warden suruh panjat pagar depan student laki masa morning call. Sampai sekarang warden singa tu tak tahu pasal ni. Tapi kan cool gila beb panjat pagar pakai baju kurung kan?? Apeapepun, sory ciksu singa.



3. Fly balik rumah
  • Masa tu Form 5, aku sekolah kat Kelantan. Sekolah ni best Kalo sekolah kat Pahang warden macam singa betina, sekolah ni warden lembut macam pondan. Masa tu kawan sebilik aku ajak aku fly. Dia gangster sekolah woo. Seumur hidup aku tak penah fly aku pun try nak tunjuk gangster haha. Padahal penakut gila babeng. Aku plak ajak kawan baik aku fly sekali. Sekali pakcik jual burger kat hostel nampak kitorang kt tepi jalan pastu dia cakap nak report kat warden. Mesti pakcik ni bapak kepada reporter cerita atas(panjat pagar asrama). Aku balik rumah tak tenang takleh tido malam. Nasib baik pakcik tu tak bagitau warden. Alhamdulillah doa aku dimakbulkan rupanya.
4. Bocorkan basikal kawan
  • Kejadian ni berlaku masa aku dah bersar panjang. Petang tu aku boring gila takde keje nak buat. Aku pun mesej kawan laki aku nak pinjam basikal dia. Aku pun rempit la pakai basikal dia round kolej. Sekali aku terlanggar batu. Tak lama lepas tu basikal jadi berat nak kayuh. Oupsss. BOCOR??? Aku terdiam tak terkata terus letak basikal tu kat tempat asal. Sampai sekarang kawan aku tak tahu. Syaitonirrajim betul kan??
Tq and Happy reading ;)
loves_

14 awek dan jejaka hot!:

iefa ujang said...

mna ayah,cikgu singa n kawan lelaki milo 2.meh cni iefa nk tlg bgthu..ahahaha

milo said...

hahaha..nak jadi reporter gak yeee..hehe

alif haris said...

ngahhahaha ..
last sekali tuh sy belom buat lg ..
mana basikal awk dr milo ?
meh sy pancitkan haha

yanyan said...

hahahahahahaaha tegar kan genyeh mata biar merah :D

milo said...

alif haris:

saya takde beskal..hahaha..

yanyan:

memang tegar kott..gigih nk buat mata jd merah makngah haha

chae ra said...

haha..nakal ar milo ni..chae ra pun time duduk asrama same je.tiap minggu mesti fly blk rumah...
time prep mlm bleh menyorok dlm locker lg sbb xnk g prep..x pun bwt2 sakit..hahaha...

cik tikah said...

pnjt pagar sekolah? ish3x.. hehe...

milo said...

chae ra:

haha, wah tiap2 minggu tuh xleh blah..hehe..nyorok dlm loker pnah jgk..kiki :P

cik tikah:

pagar asrama, bukan sekolah..berbeza tuu keh3 :P

ubi said...

oh..syaitonirojim nyer

milo said...

haha! :P

alif haris said...

hahaha .. takde beskal tp mungkin ade motor .. ahaaa meh sy pncitkan

farah hanim said...

amboi akq
fom 1 je da nakal2 da
smpai ke besr nkalnye ek
hehe

iyka zulaika said...

tak sakit ke tenyeh2 bijik mata tu ? bersungguh2 nak cuti . haha :D

milo said...

alif haris:

moto pun takde jugak..hahaha :P

farah hanim:

sampai skarang nakal dik..hehehe :P

iyka zulaika:

semestinya memedihkan..hehehe..gigih betul..haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...