Selamat Tinggal Milo Historia :(



Salam korang korang :)

Dah lame tak post entry biaselah sebok dok urus mayat. Haha. Ok memang a little bit busy lately thats why there was no post for almost 3 days dah kan. And today im coming back just for saying goodbye to my blog. Huhu :( 



Tajuk kemain nak cari publisiti murahan dengan cipta tajuk kontroversi cenggitu tambah dengan buat muka masham-masham. Eeewww. Tapi aku tak tipu,  memang aku nak ucap selamat tinggal kat blog aku untuk 2 minggu. Kenapa? Kenapa?? Kenapaaaaa?

Ermm. Alhamdulillah mungkin dah sampai seru agaknya. Aku nak uruskan pasal perkahwinan aku dengan Pitbool ni. Cukuplah ambik masa selama 2 minggu untuk keluarga aku dan keluarga dia berbincang. Ohh pelislah milo, stoplah kau berangan. *seronok jugak kalo jadi realiti* oyeahh.

Aku sebenarnya dah nak exam. Sangatlah tak best exam lepas raya. Raya 30 Aug, exam 9 Sept. Kena balik KL balik by 2 Sept. So, I really need this 2 weeks time to focus on my study which covering up for 4 postings all together. Banyak siot. Esok dah nak balik Kelantan. Balik rumah tak sempat nak berbelog dah kot. Nak habiskan masa only for my family. Dah 2 bulan tak jumpa. Sirius rindu gila  :'(

Eh jangan rendu rendu kat ittew tau.

So dikesempatan itu, milo nak ucapkan kat korang2 :

 Eh, kad ni kite tak pinjam dengan abam google tau. Kite buat sendiri tau.
Kalau ade sape nak buat harta pusaka. Bolehla ambik tempek kat blog korang :)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Shopping Raya...

Harini baru berkesempatan bershopping raya uh. Itu pun sebab kelas abes awal harini. Belum sempat abes kelas lagi dah text Pitbool pujuk2 dia guna ayat geli mintak teman pi beli baju raya. Alhamdulillah berhasil. Lagipun beliau dah habes exam semalam. Daripada dia duk ngurat keling seblah umah dia baik dia teman aku.  

Gi shopping kat Shah Alam, jauh bebenor dari Selayang. Sebabnya Pitbool ada bukak puasa together with some ex-schoolmates dia kat sana. Aku pon tompang 2 kaki. Boleh makan free. Jimat gituu. Keh3.

So sekarang dah setel ! Tak payah dok pikir takdak baju raya, selipar raya, stokin raya lagi. Nak tahu tak??? Tengah2 semangat nak bayar baju yang aku pilih tadi, tup2 bukak beg tengok2 purse tak bawak. Arghhh. Stress gila. 

" OMAIGOD sayang!!! Pelis, percayalah I tak sengaja, purse I tertinggal dalam beg pegi kelas. I lupa nak ambik tadi boh dalam beg dating. Bukan sengaja I nak kikis duit you." Haha cantik punye ayat.

Adoiiiii, malu weh kat akak jual baju tuh. Sah2 dia ingat aku sengaja tak bawak purse sebab nak soh boypreng bayarkan. Aku nampak dia dok bisik2 kat kawan sebelah dia angguk2 geleng2. Damn. 

Pitbool tengah selongkar henpon aku. Nasib baik tak terkantoi dia bermadu dengan seploh orang (retis). 
Btw, thanx a lot sayang for accompanying me <3


Okeylah sampai sini je kot untuk kali ni. Milo mintak maaf  banyak2 dari hujung rambut ke hujung kaki kalo ada wat korang terasa terguris tercalar dan terterter lagi yek. Jumpa lagi next 2 weeks! :)

p/s: Doakan saya selamat pulang ke kampung esok. dan Doakan kejayaan saya untuk exam nanti . Thankyou :)


Pengalaman pertama menyaksikan bedah siasat

Assalamualaikum korang :)

Harini milo start posting forensik
its all about autopsy/postmortem atau kot melayu dipanggil bedah siasat
Aku dah tengok depan mata dah. Kau dah ke??
Haha. Soalan cam harem mintak penampo free laju2 
Pagi tadi semangat gila nak pegi kelas . 
Nasib baik posting forensic docter tak hemsem sangat 
Kalau tak mesti duk tatap je muka doctor tu
bukannye nak tatap procedure bedah siasat si mati 
Itu kalau docter hensem la. he he he
Nakal nye awak.

Autopsy tadi start pukol 10.30am
ni kes polis tahu?
Ada polis tertembak penjenayah ni sampai mati
So, kena la buat bedah siasat untuk siasat sebab2 kematian
Tapi sayang
Laki tu hensem gila tahu?? !! Sirius hensem. Kacak lagi bergaya.
Rambut 'mohawk' tuuu..Kacak kan? Kacak kan?
Aku ingat lagi muka dia yang kacak tu
Harap-harap dia tak datang ngorat aku dalam mimpi malam ni
Amin...

Abam google...abam google..milo pinjam gamba ni ye abam google.
Lebih kurang macam ni la tadi. Ni baru permulaan.

Untuk kes tadi sebab kematian dia ialah
death due to heart injury
peluru tu memang straight tusuk jantung dia
memang patut la mati.huhu
kesiannn sangat sebenanya tengok dia tadi
muda lagi tu
kalo tua selebet aku takkan gatal2 cakap dia hensem walopon ensem
TAPI!!! papepon
sape suruh buat jahat kan??
Tepuk dada tanya lah apa yang patut

Mintak maap
Kisah jalan cerita camna kes ni berlaku aku takleh cerita@kongsi
Kami kena jaga rahsia/confidentiality
Kalo bernasib baik, adelah tu kuar dalam paper.
Kalau tak mampos kena tangkap kat abam abam polis kacak yang kami interview tadi
lagi2 kalo dia tengok gamba aku kat header
mesti dia cakap natang ni nak kena tembak jugak kot
haha.
*mintak2 abam polis tak baca blog aku*
....Amin....

Secalit pengajaran:
Ajal di tangan Tuhan. Di bulan baik ni, jangan la kita ambik kesempatan nak buat jahat/jenayah. Sebagai orang Islam, hormat la agama kita. Tengok, Tuhan terus bagi balasan dalam masa sekelip mata je. Mungkin jugak time kau tengah ngumpat orang tetibe ko kena panah petir pastu kau mati. Contohnyelah.
Tak hero la macam tu. Yang kacak terus jadi tak kacak tau.

Thanx. Just for sharing <3

p/s: Harini pitbool start exam, esok n lusa. Posting Paediatric. Doakan dia. Tq :)

Dia kurang pandai atau dia memang bodoh?


Assalamualaikum gojes and hemsem.

Kat depan kolej aku ni ada satu kedai alat tulis. Dulu aku suka g sana tapi skang dah tak suka sebab ada cashier indian yang yang kurang pandai. Kira baik la jugak hati aku. Kalo orang lain mesti dah cakap cashier keling tu b*d*h gila bambim. Pekerja baru mungkin.  

Aku ada beli 2 batang pen. Setiap satu harga singget nam ploh sen. Total harga aku kena bayar RM3.20. Time tu aku kekeringan duit singget singget. So aku bagi la kat cashier kurang pandai tu 5 ingget sekeping bersama 20sen. Niat aku taknak la dia bagi baki 80sen sebab nanti Timah tak larat nak bawak dompet berat2 la bang. Aww gediksnye kau Timah.

Aku letak RM5.20 atas meja cashier dengan harapan dia pulangkan baki RM2. Dia pon hambek la. Tapi hambek yang RM5 sekeping tu je. Aku  suruh dia hambek 20sen tu sekali. Disebabkan dia bajet hot macam Aishwarya Rai, dia wat macam aku tunggul kayu je, buat isyarat talk to the hand dan terus kira baki yang perlu dipulangkan. Atau mungkin jugak dia pekak ??

Hai..ini muka aa ada iras itu Aishwarya Rai tak?

Pastu dengan buat muka comel dia bagi balik baki RM1.80 bersama 20sen aku awal awal tadi. Nasib baik iman aku tinggi time tu kalo ikutkan hati nak je jerit cakap oii aci keling nape la kau ni bengap sangat ?? Nak je biar sampai terkeluar airliur tempias aku ni.

Lepas tu aku gi lagi kedai tuh 2-3x nak test power aci tuh dia balik study Math ke tak. Tapi malangnya keputusan amat tidak memberangsangkan. Kali ni rasa macam nak bagi penampo laju laju je kat aci tuh.

Notakaki: Kepada employer2 sekalian, tak payah la ambik pekerja yang tak master/tak berpengalaman dalam bidang kerja yang korang tawarkan tu. Sangat tak berkualiti untuk bisnes korang. Nanti ada jugak pelanggan buat acara lari pecut 4x100 macam aku baru padan muka haa. Betol tak.. Apa komen korang? 

Entri ini untuk gegirls yang disayangi SAHAJA - bicara pasal tuttt..


Assalamualaikum. Hai hotty gegirls <3  :)



Harini milo nak ajak bergosip. Bergosip pasal kite-kite je. Dah dah lah tu bergosip pasal laki kan? hehe. Harini milo nak sentuh sikit pasal kita punya ehem ehem...pasal payudara. Boleh?? Wahai kaum lelaki aku tau korang pun tengah baca jugak kan. Sebok je isk. :P

Untuk pengetahuan gegirls yang disayangi, barah payudara merupakan barah yang paling kerap terjadi di kalangan wanita dan ia juga menyumbangkan jumlah kematian terrrrtinggi di kalangan wanita pertengahan umur. It sounds scaryy kan?

Selalunya mana-mana saja kanser/barah akan menyerang terutamanya pada golongan tua > 65 tahun dan jarang berlaku pada golongan muda < 35 tahun. Milo cakap JARANG, risiko tetap ada tau. Tapi untuk golongan muda macam gegirls yang milo sayang semua ni, kamu berisiko tinggi untuk mendapat penyakit payudara yang dipanggil Fibroadenoma (ketulan pada payudara).

Kat sini milo nak tekankan, fibroadenoma sangat2 lah berisiko kepada wanita dalam lingkungan 20-an atau < 30 tahun. Dan penyakit ni dia punya presentation (keadaan) adalah lebih kurang sama dengan Stage 1 KANSER. Dan untuk pengetahuan korang, fibroadenoma adalah tidak membahayakan (syukurr)...TAPI...

KANSER BOLEH MENYAMAR JADI FIBROADENOMA!!! wahh. macam drama plok doh aih.

fibroadenoma: 
wanita muda 20-30 tahun
painless lump (ketulan tak sakit)
mobile lump (selalunya ketulan tu bergerak2)
location : selalunya ketulan berada kawasan luar berhampiran ketiak
konsistensi : lembut
saiz ketulan kecil
saiz boleh membesar


kanser payudara: 

risiko : wanita berumur >50tahun
painless lump (ketulan tak sakit)
immobile (selalunya tak bergerak)
konsistensi : keras
saiz ketulan semakin membesar
location : ketulan boleh berada dimana2 sahaja

okey, itula roughly sedikit sebanyak perbezaan antara fibroadenoma dan kanser payudara peringkat awal. Korang cuba tengok ada sedikit persamaan dimana kedua2 pesakit akan mempunya ketulan yang tak sakit kan? Kadang kadang susah nak beza. Masalah ni la yang bahaya tau. Sebab ramai pesakit bila mula2 perasan ada ketulan tak sakit, diorang biar je. Rilex la timah. Tak sakit buat ape nak jumpa doktor kan?? Padahal ketulan itu sebenarnya kanser. Milo dah jumpa ramai patient macam tu kat ward. Bila interview diorang nangis2 sebab menyesal tak jumpa doktor awal2. Sape tak sedih, dua2 belah payudara dah kena buang. Sobs! 

So kepada gegirls yang comel2 semua ni, korang kena selalu praktikkan pemeriksaan payudara sendiri @ self-breast examination tau. Pandai tak? Korang urut2 je keliling kedua2 belah payudara pelan pelan untuk pastikan samada ada ketulan atau  tak. Kalo tak pandai, sekarang jugak terjah abang YOUTUBE. TEKAN SEKARANG!! cup! laki-laki, korang tak payah sebok2 nak tekan.

Kalau tengah syok buat self-breast examination tu korang ada terjumpa ketulan, jangan la panik dulu. Jangan sorok2. Jangan dok tangguh2 pegi jumpa doktor ok. Time tu jugak heret boyfriend start engine kereta. Dia mesti sanggup punya demi tut. Hehe. Sebab apa tahu?? Apa2 sahaja ketulan yang ada pada breast, pertama sekali doctor akan suspect kanser sampailah terbukti sebaliknya. :) 

Last but not least, do protect your pretty boobs, girls!

Eh eh jap, kalau korang terringin nak kenal milo lebih mendalam lagi boleh la kelik kelik kat TENTANG MILO kat bawah header  tu.. Baru buat. Hihik.



Sharing is caring~Thanx for reading darlings. <3 Loves  ;)


Kalau nak bergurau pun, agak-agak la sikit..!!


AMARAN: INI ADALAH ENTRI TAK PUAS HATI. SEGALA PENGGUNAAN KATA YANG AGAK KASAR HARAP DIMAAFKAN TERLEBIH DAHULU.TQ



#@$@%%@^!!!! Ye, aku tengah bengang gila. Bengang kat makhluk-makhluk yang tak reti nak bergurau. Bergurau memang tak salah, tapi berpada-pada la sikit nak kenakan orang pun. Niat asalnya yang nak bergurau secara tak langsung akan bertukar luka dalam sedalam jurang maria mariana 2 bila dah terrrlalu over. Arghhh! Rasa macam nak baling henpon keluar tingkap walaupun henpon tak salah. So, awal awal lagi aku dah jauhkan henpon sebelum tulis entri ni.

Eh kau..! Kalau kau nak bergurau lebih-lebih, elok kau pegi hospital bahagia. Kau bergurau over-over pun diorang tak kesah. Diorang tetap senyum kat kau. Kau gelak diorang gelak. Kau tak gelak pun diorang tetap gelak. Last-last kau give up. Padan muka.

Tapi manusia normal macam aku ni ada perasaan kau tahu tak. Nak bergurau pun ada batasnya jugak. Batas plak berbeza ikut diri masing-masing. Kau lain aku lain. Mungkin kau langsung tak kesah kalau orang bergurau dengan menyelak kain sarung kau depan orang ramai, tapi aku kesah. Itu cuma contoh dan itulah dimaksudkan dengan batas.

So, nak bergurau tu pikir la jugak perasaan orang tu. Dalam hal ni, jangan kau ambik kesempatan atas ke'sporting'an aku. Kih Kih Kih. Sempat plak perasan sensorang. Aku memang susah nak ambik hati kalau orang bergurau. Aku layan je selagi tak menyinggung perasaan aku. Tapi jangan la over sangat sampai at last aku rasa aku la manusia yang paling BODOH atas muka bomi ni.

Lepas tu, kau dah sedar yang kau dah menyinggung perasaan aku tapi boleh plak kau buat bodo je??? Paling kurang pon kalau malu nak mintak maaf pon pakaila orang tengah. Its more than enough lah bai. Aku bukan nak kau pujuk aku dengan kasi coki-coki yang cuma lekat celah gigi je pun.

Wah. Marah betul aku..Sesungguhnya aku sedang berpuasa..
Aku sedih :(




Wordless Wednesday #5







nom nom nom.
ehh kau!! tak puasa!

LAGI LAGI MENGIDAM. LAGI LAGI MENGIDAM


Cukup Terasa Dengan Hadis Ini


Assalamualaikum and Happy Celebrating 15th day of Holy Ramadhan.


While I was landing and having a very awesome day-dreaming about having future kids(tak boleh blah) justnow, I had got 1 message from a friend sending me this hadith which really made my small tiny brain to have a couple of hours thinking about this. It's very pretty pointless and useless if you fasting, otherwise you got nothing rewarded of being hungry for about 14hours though.
Sangat merugikan right??  



Hadith tersebut berbunyi:

Nabi SAW menyebut dalam sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang tidak dapat meninggalkan kejahatan dan kemaksiatan pada Ramadhan, maka Allah tidak memerlukan apa-apa daripada puasanya." (Hadis Riwayat Bukhari)

So, apa yang saya dapat simpulkan dari hadith di atas ialah, setiap kebaikan yang kita amalkan di bulan puasa ni tetap tidak diterima Allah JIKA kita masih lalai berbuat jahat & maksiat pada masa yang sama. Sayang kan? Puasa penuh, tarawih tak penah ponteng, pagi petang siang malam baca Quran, solat pun cukup tak penah qada TAPI masih berdua-duaan dengan kekasih, mengumpat, mengutuk dan sewaktu dengannya. So, mengikut hadith ni, it means segala amalan yang kita buat tu Allah langsung tak pandang la kan? Astaghfirullahaladzim.   
So, my dear friends, let's leave behind all those prohibited things and together made our Ramadhan as holy as it should be.
~INSYA-ALLAH~


p/s: TQ kat member wa send msg ni. Wa cukup terasa sama hadith ni wooo. Wa takmao dah bukak puasa berdua sama pitbool(jgn kecik ati ye yang, sekali cukup la kan hee ). Wa takmao dah TERngumpat or TERkutuk orang lagi. Wa rasa macam wa punya puasa 14 hari lepas macam sia-sia je. Wa rasa macam nak nangis. Sobs! K la, wa nak blah. Eh jap, hangpa terasa tak??

Aku Girlfriend Yang Syaiton


Assalamualaikum and Happy Celebrating 14th day of Ramadhan :)

Erghh Alhamdulillah Im deadly full with nasik kukus ayam berempah from bazar ramadhan Selayang. Justnow, I was having my breaking-fast time with my beloved Pitbool. Nak tahu tak this morning gigi bongsu Pitbool kena cabut and he was so in pain like 'nak mati' and then accidentally he was totally became multiple handome and kachak when he's willing to come bukak puasa dengan I though he's sick. Hehe. Macho lah you Pitbool. Puji boypren sendiri tak berapa nak salah kan? haha. And it actually happened after I texted him like this:

Me: Sayang, I dok  sorang-sorang. Housemates I ramai balik. Cafe kolej plak tutup weekend ni. I tak tau camna nak bukak puasa. .huhuhuhu.... *kasi panjang sikit huhu tu eyh*

Pitbool: Okey hun, tunggu jap eyh. Nanti I datang. I nak solat asar dulu.

Me: Tapi.....U kan sakit. Its okey *ayat pasrah*

20 minutes later......

Pitbool: Hun, I dah sampai ni.

Me: OMG!!! U btol2 datang ke?? Tunggu jap, tengah siap ni.

Pitbool: I kesian kat U, macamna U nak bukak puasa nanti?

Kesian, orang sakit gigi mane boleh nak makan banyak2. Nak minum air pun dah rasa sakit. Nak kunyah nasik lagi la sakit. Pitbool buka puasa dengan bubur nasik beli kat bazar je. hukhuk. Masa nak telan bubur tu mak aih sampai nak terkeluar air mata dia sakit sangat. Dah terkeluar dah pon tadi. Oups sory sayang terkantoikan you nangis. Aku plak sedap melantak nasi kukus sampai tak sedar boypren kat tepi tengah sakit. Dem! Syaiton punya girlfren. Sory sayang nyusahkan you. Kalau aku tak hantar mesej mengada2 mesti dia dah tak perlu susah susah datang dalam keadaan sakit macam tu. Sobs :(



p/s:  Padahal boleh je jalan kaki sensorang beli makanan kat kedai mamak depan kolej. So, Jangan jadi girlfren syaiton macam aku. Btw, thanx sayang.

Kenapa Anda Tak Boleh Korek Telinga?



Assalamualaikum :)

Mesti ada di kalangan anda belum mengetahui dengan jelasnya kenapa tabiat korek telinga ni sebenarnya tidak digalakkan, kan? Jawapannya mestilah tak boleh, nama pun bulan puasa, kauuu ni nak kena lempang ke ape. Baiklah entry kali ni saya bukan nak terangkan ketidakbolehan mengorek telinga dari segi hukum hakam puasa tapi dari segi kesihatan tu sendiri.


Oren: taik telinga/wax
Pink: Cutton bud
Kuning: Gegendang telinga

Sepertimana yang anda tengok dalam gambar yang sangat cute di atas, penggunaan cutton bud, pengorek telinga besi atau apa2 sahaja alat yang anda rasa dapat korek taik telinga anda adalah sangat sangat merbahaya. Sebaliknya, penggunaan alat2 tersebut sebenarnya dapat menolak taik telinga lebih jauh ke dalam dan membentuk satu gumpalan yang padat dan boleh menyebabkan telinga anda tersumbat terus menghadkan pendengaran anda. Selain itu juga, penggunaan alat ini juga mampu melukakan ruangan telinga anda dan menyebabkan jangkitan.

Bila gumpalan taik telinga padat tadi dah block terowong tu, tekanan dalam telinga akan jadi meningkat dan anda akan mula merasa sakit dan boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan dalam telinga sehingga ia mengeluarkan nanah dan darah. Yang lebih serius lagi bila melibatkan gegendang telinga anda apabila ia pecah dan dijangkiti. Komfem2 anda akan jadi pekak bila gegendang dah pecah. Nak macamtu?

Ape la kau ni, takkan la aku nak biarkan je taik telinga kat dalam lubang tu?? Pengotor la kau ni..!!

Ok bertenang, sebenarnya Allah dah ciptakan telinga kita dengan sempurnanya. Di dinding terowong telinga tu terdapat bulu bulu halus atau cilia yang berfungsi untuk membawa keluar taik telinga yang dihasilkan dan proses ini akan terus berlaku. Sebab tu kadang2 anda akan terperasan tiba2 ada taik telinga kat cuping telinga anda walaupun anda tak korek. Pernah kan? Tetapi anda masih boleh mencuci ruangan luar telinga anda dengan menggunakan kapas @ tisu basah tanpa mengoreknya ke dalam. 

p/s: Sekarang milo tengah posting ENT, terrsangatlah ramai patient yang datang kat klinik yang mengalami 'impacted wax' atau taik telinga tersumbat sebab mak dia suka sangat korek telinga anak. Kesian....

Ada sorang lagi pakcik datang klinik sebab sakit2 telinga. Tengok2 telinga dah bengkak sangat sebab apa tau? Tiap kali azan bukak puase, 1st thing skali dia buat adalah mengorek telinga! haha. Bini dia pon potpetpotpet cakap "tula awak, sape suruh bukak puasa dengan korek telinga"

Thanx for reading. Loves :)

Wordless Wednesday #4


Salam...


Sekian :)

'Doodle's Giveaway by Cik Nuyui 'Ain'


Hahaii dan Assalamualaikum :)



Harini terasa nak try cuba test nasib untuk men'join' GA by Nuyui 'Ain yang telah di tag oleh adik manis stobewymerahaty iyka zulaikha. Terima kasih daun keladi lain kali tag lagi kih kih. 
Okey syarat-syarat nak join boleh baca kat banner yang sangat terkiut miut di atas.
;
;
;
;
;
Saya suka doodle kerana...doodle itu satu ciptaan yang tersangatlah comel, cun-melecun, handsome, kacak bergaya dan paling penting sekali cute-mute macam baby baru lahir.Alololo.Cumel betul . Tengokla doodle kat atas milik Cik Nuyui 'Ain tu, lagi comel dari Nora Danish kan? Rasa macam nak cubit cubit je pipi blushing die tuh. Lagi satu, even doodle tu ada jerawat batu sekali pun, doodle tu tetap nampak cute punye! Try lah sape sape buat doodle huduh2 rambut serabai macam hantu kak limah pun tetap nampak comel. Tapi sayang I tak reti buat doodle. Sobs!

Ok done. Milo randomly tag sape sape je okeyh. 
The lucky blogger is farz zull
TQ :)

4 rahsia hidup terbongkar


Assalamualikum gojes gojes sekalian. Alhamdulillah harini kita dah masuk hari ke-7 berpuasa. Ingat, jangan korek idung, jangan korek telinga. Tapi aku selalu terlupa (tolong jangan imagine aku sedang syok korek idung). Then tadi aku pon muhasabah diri (kononnya) aku teringat balik kesalahan-kesalahan aku masa lampau yang juga merupakan rahsia hidup aku haha. Tak ramai yang tahu pasal aku buat jahat ni. 


1. Buat-buat sakit mata
  • Masa tu aku Form 1, sekolah asrama kat Pahang. Masa tu banyak gila kerja folio kena buat menjelang akhir sem. Kebetulan masa tu musim sakit mata, ramai kawan2 aku yang sakit mata dapat cuti 5 hari so senang la diorang nak siapkan folio kat rumah. Aku dengan kawan2 lain yang tak sakit pun berdajal dengan berlakon sakit mata haha. Time prep malam, ramai2 gerak pegi toilet pi tonyoh-tonyoh mata kasi merah. Macam-macam cara kitorang buat. Then esok hari mata aku ada la sikit merah2 nampak macam sakit mata. Plus buat2 mata jadi sepet sebelah sikit. Penat woo berlakon. Alhamdulillah aku berjaya dapatkan 5 hari cuti dengan kawan aku sorang lagi. Aku balik rumah dia kat KL. Siap pegi besopping and holiday lagi. last day cuti baru siapkan folio haha. Syaitonirrajim betol aku. Aku citer kat mak aku tapi mak aku tak marah. Aku happy gila. Tapi kalo bapak aku kompem marah.
2. Panjat pagar asrama
  • Time tu masa aku Form 3, sekolah sama jugak. Sekolah paling strick dengan rules atas muka bumi ni. Masa tu aku lambat nak pegi surau semayang maghrib. Gate asrama dah di lock oleh warden iras iras macam singa betina yang tengah datang bulan. Sape2 yang terkurung dalam gate memang kena rotan, takpun kena denda cara lain. Aku dengan member aku sorang ni pun panjat pagar taknak kena denda. Lepas prep, kantoi kat warden ada sesetengah pelajar yang panjat pagar(bukan kitorang je). Minah mulut murai mane tah pegi report. Alhamdulillah kitorang terlepas sebab takde sape boleh detect muka kitorang haha. Kalau tak, mesti dah kena denda kat ketua warden suruh panjat pagar depan student laki masa morning call. Sampai sekarang warden singa tu tak tahu pasal ni. Tapi kan cool gila beb panjat pagar pakai baju kurung kan?? Apeapepun, sory ciksu singa.



3. Fly balik rumah
  • Masa tu Form 5, aku sekolah kat Kelantan. Sekolah ni best Kalo sekolah kat Pahang warden macam singa betina, sekolah ni warden lembut macam pondan. Masa tu kawan sebilik aku ajak aku fly. Dia gangster sekolah woo. Seumur hidup aku tak penah fly aku pun try nak tunjuk gangster haha. Padahal penakut gila babeng. Aku plak ajak kawan baik aku fly sekali. Sekali pakcik jual burger kat hostel nampak kitorang kt tepi jalan pastu dia cakap nak report kat warden. Mesti pakcik ni bapak kepada reporter cerita atas(panjat pagar asrama). Aku balik rumah tak tenang takleh tido malam. Nasib baik pakcik tu tak bagitau warden. Alhamdulillah doa aku dimakbulkan rupanya.
4. Bocorkan basikal kawan
  • Kejadian ni berlaku masa aku dah bersar panjang. Petang tu aku boring gila takde keje nak buat. Aku pun mesej kawan laki aku nak pinjam basikal dia. Aku pun rempit la pakai basikal dia round kolej. Sekali aku terlanggar batu. Tak lama lepas tu basikal jadi berat nak kayuh. Oupsss. BOCOR??? Aku terdiam tak terkata terus letak basikal tu kat tempat asal. Sampai sekarang kawan aku tak tahu. Syaitonirrajim betul kan??
Tq and Happy reading ;)
loves_

Kekasih hati pengarang jantung yang kacak



Salam....

This time cuma nak tunjuk kekasih hati pengarang jantung aku iaitu.....


MR. ALI ATAM!!!!








Rindu gila kat Ali. Sebelum balik beraya kat rumah nanti, ingat nak beli baju raya kat Ali lah kat Jalan Tar. Kasi matching dengan aku. Nak beli warna apa eyh? Baju raya aku pun tak terbeli/terbuat lagi. Tak sempat nak pikir. Untuk menambah kekacakan Ali, aku nak tambah beli songkok, sampin and contact lens colour sekali. Ouh ternyata, walaupun itamlegam Ali tetap HEMSEM GILA seakan-akan Dindong Dantes.


Bila kena sawan, apa nak buat??


Assalamualaikum..

Welcome back to the health info corner. Dah lama milo tak kongsi entry pasal kesihatan kan, al maklumlah busy bebenor minggu ni. Harini milo nak kongsi pasal langkang-langkah kecemasan apabila seseorang tu diserang sawan @ kena tarik. Tak tahu? Kalo milo bagitau yang badan menggeletar, pastu mata terbeliak ke atas, dan kadang2 ada air liur keluar, mesti tahu kan? Ya, milo tengah cakap pasal tu.

Sawan atau dalam medical term called as 'seizure/convulsion' ni selalunya kita tengok terjadi kat budak budak kecik bila demam panas sangat. Tahun lepas masa milo dalam posting Paediatrik, mak aih banyak gila budak masuk ward sebab kena sawan and most of them sebab demam yang terlampau tinggi la. Ada tak adik2 korang atau anak-anak or baby2 kakak/abang bloggers diserang sawan?? Ingat, sawan pun boleh serang orang dewasa/tua jugak ye.

Kalo yang ada adik kecik2, cepat cepat pegi tarik tangan mak lembut-lembut ajak mak baca entry milo nih. Nanti kalo adik kena sawan, takde lah panik sangat sebab ramai parents yang bertindak panik bila anak diserang sawan dan sebab dah terrrlalu panik, macam-macam tindakan salah yang diambil. Meh rapat rapat, dah abis muqaddimah dah.

Langkah-langkah kecemasan yang perlu diambil semasa serangan sawan sebelum jumpa doktor:

1) JANGAN PANIK..pelis jangan panik. Tapi kalau kena kat anak aku pun mesti jadi panik jugak kan. So, BE CALM k, korang kena bertenang. Mula2 sekali korang kena set time jangka masa serangan tu. <2minit?5minit? >15 minit? Itu sangat penting untuk membezakan jenis2 sawan apabila doctor tanya nanti.



2) Sila longgarkan baju teruatama sekali di kawasan leher. Ini disebabkan untuk memberi ruangan pernafasan yang maksima (breathing airway) sebab masa tu orang kena serang berada dalam keadaan tak sedar. So, boleh menyebabkan dia tercekik dan lemas.

3) Sila baringkan adik/anak dalam keadaan MENGIRING. Ini sangat penting sebab bila pesakit dalam keadaan terbaring, pangkal lidah yang panjang akan menutup ruangan tekak dan menyebabkannya tercekik dan lemas. 

haa. Baringkan mengiring macam ni.

4) Kalo ada airliur atau muntah yang keluar, sila lapkan. Jangan kau syok plak tengok airliur berbuih keluar macam sabun ye. Keadaan mengiring juga membantu air liur/muntah untuk keluar dari mulut. Ini untuk menghalang daripada muntah masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan jangkitan paru-paru. Bahaya tuuu..

5) Haaa yang ni ramai parents yang amalkan. JANGAN SEKALI-KALI memasukkan objek ke dalam mulut walaupun ada kancing gigi. JANGAN ye.

6) JANGAN bagi minum air ataupun ubat. Itu sangat membahayakan pesakit. Tunggu je doktor bagi ubat bila sampai hospital.

7) Macam biasa..Tunggu sampai adik/anak kamu sedar balik. Jangan plak tinggal dia kena sawan sorang2..then, kalo demam terlalu tinggi sampai badan pun panas macam nak meletop korang boleh la lapkan badan dengan air sejuk untuk kurangkan panas tu... :)

Dah habis baca? Okey cepat p salin bagi kat mak soh mak tampal kat dinding. Komfem mak ingat nanti.
K thats all from me. Thanx for reading :)





Wordless Wednesday #3


Assalamualaikum



its 3.36am. Baru siap buat assignment. uhuk uhuk :(
Ini je yang termampu di post buat masa ni. Nak tido dah. Goodnyte hotty bloggers  -.-

Selamat Berpuasaaaa :)

Assalamualaikum..

Rasanya masih tak terlambat if nak wish Selamat Berpuasa kat semua rakan rakan bloggers dan seluruh ummat Islam. Tak sempat nak buat entry haritu sebab busy sangat. Aiyooo, assignment bertimbun timbun. Agak agak ar nak bagi assignment pun kan haha. Anyway, happy fasting ye kawan2! :)


Aww. Hensem jugak kartoon ni.

Ni pun ambik masa kejap nak tulis entry, tengah buat slide for presentation. I got 2 presentations this week. Plus assignments lain yang kena submit by this week. Lecturer plak garang garang. Garang sikit sikit takpe lagi. Tapi ni tak, garang nak mampos. Mau terberak kat situ jugak kalo kena tengking. Diorang depan kita je tunjuk garang, entah entah kat rumah, alolololoo manjanya.. Haha! Terus hilang kemachoan. 

Alrite, stop sini dulu. Nak sambung buat keje. :(



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...