Bila kena sawan, apa nak buat??


Assalamualaikum..

Welcome back to the health info corner. Dah lama milo tak kongsi entry pasal kesihatan kan, al maklumlah busy bebenor minggu ni. Harini milo nak kongsi pasal langkang-langkah kecemasan apabila seseorang tu diserang sawan @ kena tarik. Tak tahu? Kalo milo bagitau yang badan menggeletar, pastu mata terbeliak ke atas, dan kadang2 ada air liur keluar, mesti tahu kan? Ya, milo tengah cakap pasal tu.

Sawan atau dalam medical term called as 'seizure/convulsion' ni selalunya kita tengok terjadi kat budak budak kecik bila demam panas sangat. Tahun lepas masa milo dalam posting Paediatrik, mak aih banyak gila budak masuk ward sebab kena sawan and most of them sebab demam yang terlampau tinggi la. Ada tak adik2 korang atau anak-anak or baby2 kakak/abang bloggers diserang sawan?? Ingat, sawan pun boleh serang orang dewasa/tua jugak ye.

Kalo yang ada adik kecik2, cepat cepat pegi tarik tangan mak lembut-lembut ajak mak baca entry milo nih. Nanti kalo adik kena sawan, takde lah panik sangat sebab ramai parents yang bertindak panik bila anak diserang sawan dan sebab dah terrrlalu panik, macam-macam tindakan salah yang diambil. Meh rapat rapat, dah abis muqaddimah dah.

Langkah-langkah kecemasan yang perlu diambil semasa serangan sawan sebelum jumpa doktor:

1) JANGAN PANIK..pelis jangan panik. Tapi kalau kena kat anak aku pun mesti jadi panik jugak kan. So, BE CALM k, korang kena bertenang. Mula2 sekali korang kena set time jangka masa serangan tu. <2minit?5minit? >15 minit? Itu sangat penting untuk membezakan jenis2 sawan apabila doctor tanya nanti.



2) Sila longgarkan baju teruatama sekali di kawasan leher. Ini disebabkan untuk memberi ruangan pernafasan yang maksima (breathing airway) sebab masa tu orang kena serang berada dalam keadaan tak sedar. So, boleh menyebabkan dia tercekik dan lemas.

3) Sila baringkan adik/anak dalam keadaan MENGIRING. Ini sangat penting sebab bila pesakit dalam keadaan terbaring, pangkal lidah yang panjang akan menutup ruangan tekak dan menyebabkannya tercekik dan lemas. 

haa. Baringkan mengiring macam ni.

4) Kalo ada airliur atau muntah yang keluar, sila lapkan. Jangan kau syok plak tengok airliur berbuih keluar macam sabun ye. Keadaan mengiring juga membantu air liur/muntah untuk keluar dari mulut. Ini untuk menghalang daripada muntah masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan jangkitan paru-paru. Bahaya tuuu..

5) Haaa yang ni ramai parents yang amalkan. JANGAN SEKALI-KALI memasukkan objek ke dalam mulut walaupun ada kancing gigi. JANGAN ye.

6) JANGAN bagi minum air ataupun ubat. Itu sangat membahayakan pesakit. Tunggu je doktor bagi ubat bila sampai hospital.

7) Macam biasa..Tunggu sampai adik/anak kamu sedar balik. Jangan plak tinggal dia kena sawan sorang2..then, kalo demam terlalu tinggi sampai badan pun panas macam nak meletop korang boleh la lapkan badan dengan air sejuk untuk kurangkan panas tu... :)

Dah habis baca? Okey cepat p salin bagi kat mak soh mak tampal kat dinding. Komfem mak ingat nanti.
K thats all from me. Thanx for reading :)





3 awek dan jejaka hot!:

Alif Haris said...

klu sawan babi tu cmni jugak ke doktor ?

milo said...

yup, sama je :)

Unknown said...

ary 2 g jln jln tar ade bdk kecik kne sawan gak.. dpn kdai ariani... ade org 2 suro sumbat pen kt mulut bdk 2.. tp xblh.. yah kite masuk kn jari kt mulut bdk 2.. lme gak lh bru bdk 2 sedar.... pas 2 mak dy bg bdk 2 minum air... slh ek cre ayh sy btl kn bdk 2??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...