Kenapa Anda Tak Boleh Korek Telinga?



Assalamualaikum :)

Mesti ada di kalangan anda belum mengetahui dengan jelasnya kenapa tabiat korek telinga ni sebenarnya tidak digalakkan, kan? Jawapannya mestilah tak boleh, nama pun bulan puasa, kauuu ni nak kena lempang ke ape. Baiklah entry kali ni saya bukan nak terangkan ketidakbolehan mengorek telinga dari segi hukum hakam puasa tapi dari segi kesihatan tu sendiri.


Oren: taik telinga/wax
Pink: Cutton bud
Kuning: Gegendang telinga

Sepertimana yang anda tengok dalam gambar yang sangat cute di atas, penggunaan cutton bud, pengorek telinga besi atau apa2 sahaja alat yang anda rasa dapat korek taik telinga anda adalah sangat sangat merbahaya. Sebaliknya, penggunaan alat2 tersebut sebenarnya dapat menolak taik telinga lebih jauh ke dalam dan membentuk satu gumpalan yang padat dan boleh menyebabkan telinga anda tersumbat terus menghadkan pendengaran anda. Selain itu juga, penggunaan alat ini juga mampu melukakan ruangan telinga anda dan menyebabkan jangkitan.

Bila gumpalan taik telinga padat tadi dah block terowong tu, tekanan dalam telinga akan jadi meningkat dan anda akan mula merasa sakit dan boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan dalam telinga sehingga ia mengeluarkan nanah dan darah. Yang lebih serius lagi bila melibatkan gegendang telinga anda apabila ia pecah dan dijangkiti. Komfem2 anda akan jadi pekak bila gegendang dah pecah. Nak macamtu?

Ape la kau ni, takkan la aku nak biarkan je taik telinga kat dalam lubang tu?? Pengotor la kau ni..!!

Ok bertenang, sebenarnya Allah dah ciptakan telinga kita dengan sempurnanya. Di dinding terowong telinga tu terdapat bulu bulu halus atau cilia yang berfungsi untuk membawa keluar taik telinga yang dihasilkan dan proses ini akan terus berlaku. Sebab tu kadang2 anda akan terperasan tiba2 ada taik telinga kat cuping telinga anda walaupun anda tak korek. Pernah kan? Tetapi anda masih boleh mencuci ruangan luar telinga anda dengan menggunakan kapas @ tisu basah tanpa mengoreknya ke dalam. 

p/s: Sekarang milo tengah posting ENT, terrsangatlah ramai patient yang datang kat klinik yang mengalami 'impacted wax' atau taik telinga tersumbat sebab mak dia suka sangat korek telinga anak. Kesian....

Ada sorang lagi pakcik datang klinik sebab sakit2 telinga. Tengok2 telinga dah bengkak sangat sebab apa tau? Tiap kali azan bukak puase, 1st thing skali dia buat adalah mengorek telinga! haha. Bini dia pon potpetpotpet cakap "tula awak, sape suruh bukak puasa dengan korek telinga"

Thanx for reading. Loves :)

11 awek dan jejaka hot!:

Iefa Ujang said...

comeynyer lukisan...hahaha... :)

milo said...

hahaha!..mahal tuuuu :P

hyz said...

wahhhh tq 4 da info...

Alif Haris said...

hehee .. betul2 ..
alif pn tak suka korek telinga :D

milo said...

hyz: welcome! :)

alif haris: haha gud2!! keep it on :)

Kakkoii said...

thx for the info... serik dah x mau korek telinga.. tp kdg2 dlm telinga gatal... nak wat mcmane?

milo said...

welcome:)erm kalo telinga gatal try cuci2 pakai tisu tu mgkin berkesan..kalau gatal sgt bolehla jumpa dr tnya sbb mgkin ada kaitan dgn tekak or hidung..

Unknown said...

nice info... keta pernah pernah info ni dalam Bharian suatu ketika dulu.. ^^

milo said...

thanx dear :)

cimöt said...

oh gitu kaaaaa..penah dulu member just marah sebab selalu sgt dok korek telinga tp taktau sebabnya...

Anonymous said...

Assalam...

Sy mengalami masalah yg same ni. Sy dah jumpe doc & doc bg sy ubt titik letak dlm telinga. Sruh pakai dlm 2days then baru bersihkan. Nak bersihkan pakai cotton bud ke tisu ek?

Then, ade x alternatif lain eh slain ubt doc?

Adekah tujuan ubt titik tu mencairkan taik telinga?

Terima kasih...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...