Entri ini untuk gegirls yang disayangi SAHAJA - bicara pasal tuttt..


Assalamualaikum. Hai hotty gegirls <3  :)



Harini milo nak ajak bergosip. Bergosip pasal kite-kite je. Dah dah lah tu bergosip pasal laki kan? hehe. Harini milo nak sentuh sikit pasal kita punya ehem ehem...pasal payudara. Boleh?? Wahai kaum lelaki aku tau korang pun tengah baca jugak kan. Sebok je isk. :P

Untuk pengetahuan gegirls yang disayangi, barah payudara merupakan barah yang paling kerap terjadi di kalangan wanita dan ia juga menyumbangkan jumlah kematian terrrrtinggi di kalangan wanita pertengahan umur. It sounds scaryy kan?

Selalunya mana-mana saja kanser/barah akan menyerang terutamanya pada golongan tua > 65 tahun dan jarang berlaku pada golongan muda < 35 tahun. Milo cakap JARANG, risiko tetap ada tau. Tapi untuk golongan muda macam gegirls yang milo sayang semua ni, kamu berisiko tinggi untuk mendapat penyakit payudara yang dipanggil Fibroadenoma (ketulan pada payudara).

Kat sini milo nak tekankan, fibroadenoma sangat2 lah berisiko kepada wanita dalam lingkungan 20-an atau < 30 tahun. Dan penyakit ni dia punya presentation (keadaan) adalah lebih kurang sama dengan Stage 1 KANSER. Dan untuk pengetahuan korang, fibroadenoma adalah tidak membahayakan (syukurr)...TAPI...

KANSER BOLEH MENYAMAR JADI FIBROADENOMA!!! wahh. macam drama plok doh aih.

fibroadenoma: 
wanita muda 20-30 tahun
painless lump (ketulan tak sakit)
mobile lump (selalunya ketulan tu bergerak2)
location : selalunya ketulan berada kawasan luar berhampiran ketiak
konsistensi : lembut
saiz ketulan kecil
saiz boleh membesar


kanser payudara: 

risiko : wanita berumur >50tahun
painless lump (ketulan tak sakit)
immobile (selalunya tak bergerak)
konsistensi : keras
saiz ketulan semakin membesar
location : ketulan boleh berada dimana2 sahaja

okey, itula roughly sedikit sebanyak perbezaan antara fibroadenoma dan kanser payudara peringkat awal. Korang cuba tengok ada sedikit persamaan dimana kedua2 pesakit akan mempunya ketulan yang tak sakit kan? Kadang kadang susah nak beza. Masalah ni la yang bahaya tau. Sebab ramai pesakit bila mula2 perasan ada ketulan tak sakit, diorang biar je. Rilex la timah. Tak sakit buat ape nak jumpa doktor kan?? Padahal ketulan itu sebenarnya kanser. Milo dah jumpa ramai patient macam tu kat ward. Bila interview diorang nangis2 sebab menyesal tak jumpa doktor awal2. Sape tak sedih, dua2 belah payudara dah kena buang. Sobs! 

So kepada gegirls yang comel2 semua ni, korang kena selalu praktikkan pemeriksaan payudara sendiri @ self-breast examination tau. Pandai tak? Korang urut2 je keliling kedua2 belah payudara pelan pelan untuk pastikan samada ada ketulan atau  tak. Kalo tak pandai, sekarang jugak terjah abang YOUTUBE. TEKAN SEKARANG!! cup! laki-laki, korang tak payah sebok2 nak tekan.

Kalau tengah syok buat self-breast examination tu korang ada terjumpa ketulan, jangan la panik dulu. Jangan sorok2. Jangan dok tangguh2 pegi jumpa doktor ok. Time tu jugak heret boyfriend start engine kereta. Dia mesti sanggup punya demi tut. Hehe. Sebab apa tahu?? Apa2 sahaja ketulan yang ada pada breast, pertama sekali doctor akan suspect kanser sampailah terbukti sebaliknya. :) 

Last but not least, do protect your pretty boobs, girls!

Eh eh jap, kalau korang terringin nak kenal milo lebih mendalam lagi boleh la kelik kelik kat TENTANG MILO kat bawah header  tu.. Baru buat. Hihik.



Sharing is caring~Thanx for reading darlings. <3 Loves  ;)


14 awek dan jejaka hot!:

budakijaupendek said...

doa jauh penyakit mcm ni.
takut.. sob3~

kecohabes said...

tamao join.im boy..hehe!

miss aNayiL said...

cik milo bole tolong jd dokter peribadi sy tak..?

Nina Hamdan said...

lelaki pun ada possibility kena breast cancer. tapi chances dia orang nak kena adalah lebih rendah berbanding wanita. huhu.
anyway thanx for reminder utk semua girls out there :)

eesyaheera said...

Protect pretty boobs? LOL. Thanks Dr Milo.

milo said...

@budakijaupendek:

amin..mintak dijauhkan :)

@kecohabes:

haha..salah tempat nie..:P

@miss anayil:

ehh awak dah ada doktor peribadi lah cik edaa! haha :P

@misznina:

welcome dear n yup, laki pun ada risiko but its very2 small in number la..very seldom..

@eesyaheera:

ahha! preetty awesomee..welcome e ;p

Khuzrin Kamarudin said...

Tak nak baca... tak nak baca.... (-_-")

Nak bagitau kat kawan-kawan pompuan ar cmni.. hehhee..

Iefa Ujang said...

nak check sndri.tp xreti..nk tggu suami tlg check la

Alif Haris said...

err

milo said...

@khuzrin:

haahha.bagus bagus..sila sila..

@iefa ujang:

hehehehe..so suweet lah iefa..haha

@alif haris:

erk? :P

zulkoa said...

err..hehe~ ilmu2

milo said...

hehe..bagus2.. :)

Unknown said...

Ngh hadapi situasi ni..setiap bln jmpe pakar bedah utk mdical check up

Unknown said...

Ngh hadapi situasi ni..setiap bln jmpe pakar bedah utk mdical check up

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...